DENGAN sambutan Hari Ibu yang menjelang tiba, semakin ramai golongan suami dan anak-anak yang mengikuti aliran ‘Act of Service’ atau ‘Berbakti untuk Insan Tersayang’ dan bukan sekadar memenuhi kehendak materialistik.
Malah, golongan Gen-Z di seluruh dunia kini menunjukkan sikap peka terhadap isu sosial dan ekologi, mereka berikrar menerusi perkongsian sosial dan forum dalam talian untuk meringankan beban ibu masing-masing.
Bukannya para ibu tidak suka menerima hadiah seperti sejambak bunga, barang kemas atau pakej membelai diri di spa, tetapi mereka lebih menghargai apabila seisi keluarga bergilir-gilir menunaikan tanggungjawab menguruskan rumah tangga.
Sekiranya dahulu tugas memasak, mencuci, menyeterika pakaian, membeli barang dapur dan lain-lain diletakkan atas bahu si ibu, kini suami dan anak-anak turut serta menyumbang untuk meringankan beban seharian ibu. Hari ibu kini bukanlah sekadar sambutan sekali dalam setahun, tetapi setiap hari sebagai sebuah keluarga yang bahagia.
Bagaimana caranya untuk menerapkan budaya ‘Act of Service’ ini? Kita mulakan dengan tiga tanggungjawab ibu yang mengambil masa paling lama iaitu memasak, mencuci dan menyeterika pakaian. Percayalah, sedikit demi sedikit, pasti membuatkan ibu kita gembira.
Memasak
Sudah menjadi lumrah kita orang Asia, masakan ibu juga yang paling sedap rasanya. Apa kata, kali ini ini tidak perlu lagi menunggu ibu untuk bersilat di dapur. Kita boleh membantu dengan memotong bawang besar, bawang putih dan bawang kecil, bahan wajib dalam masakan seharian di Malaysia. Bunyinya seperti kecil tetapi sebenarnya boleh menjimatkan masa ibu – ibu pun tidak lagi menitiskan air mata semasa ‘membawang’!

Bukannya ibu kita tidak mampu memasak sendiri, tetapi bila dapat meluangkan masa bersama dan itu yang ibu benar-benar inginkan sebenarnya.
Kita juga boleh membantu dengan persediaan yang lebih berat seperti membersihkan daging, makanan laut dan sayur-sayuran, memerap bahan-bahan untuk dimasak atau apa sahaja yang boleh memudahkan tugas ibu. Lebih baik lagi, jika kita membantu ibu memasak. Walau satu hidangan mudah sekalipun, pasti ibu berasa terharu.
Tidak salah juga untuk memasak bersama! Bila lagi hendak mendapatkan tips masakan terbaik dan berkongsi cerita dengan ibu. Percayalah, bukannya ibu kita tidak mampu memasak sendiri, tetapi bila dapat meluangkan masa bersama dan itu yang ibu benar-benar inginkan sebenarnya.
Mencuci
Mulakan rutin seminggu sekali dengan seisi keluarga, bukan sekadar mengharapkan ibu sahaja. Pilihlah satu pagi pada hari minggu dan senaraikan tugas yang perlu diselesaikan.
Mencuci pakaian mengambil masa paling lama, oleh itu, sempurnakan tugas ini dahulu. Sementara menunggu pakaian habis dicuci dan diputar, sediakan beberapa tong sampah untuk mengemas seluruh rumah tangga.
Bahagikan tugas mengemas pada beberapa zon dan letakkan had masa antara 20 hingga 30 minit dari mencuci permukaan seperti lantai dan perabot, hingga ke cucian lebih dalam seperti menggosok lantai bilik air dan menanggalkan lumut di dinding.
Pasang lagu kegemaran anda dan bermain bersama keluarga, siapa yang berjaya menyelesaikan tugas mereka akan menang sesuatu seperti kopi ais atau makanan ringan.

Bukannya para ibu tidak suka menerima hadiah seperti sejambak bunga, barang kemas atau pakej membelai diri di spa, tetapi mereka lebih menghargai apabila seisi keluarga bergilir-gilir menunaikan tanggungjawab menguruskan rumah tangga.
Tugasan ringan sekalipun boleh membantu. Pupuk tabiat ahli keluarga supaya lebih bertanggungjawab contohnya, mencuci pinggan selepas makan atau memasukkan pakaian terus ke dalam mesin basuh tanpa perlu disuruh.
Selepas satu tugasan mengemas selesai, lebih mudah untuk menyapu dan mengemop. Barulah rasa tenang untuk keluar seisi keluarga untuk makan tengah hari atau bersiar-siar sementara menunggu pakaian yang disidai kering. Sedikit sebanyak, ringan juga tugas ibu setiap minggu.
Seterika pakaian
Ada keluarga yang menyeterika pakaian seminggu sekali, ada yang lebih. Tambahan pula apabila mempunyai anak-anak yang masih bersekolah. Secara amnya di Malaysia, setiap kanak-kanak mempunyai dua set pakaian seragam sekolah. Oleh itu, beban mencuci dan menyeterika lebih berat. Pakaian seragam sekolah juga ada beberapa jenis. Bayangkan penatnya jika ibu seorang sahaja yang menguruskannya.
Sebab itu, bagi sambutan Hari Ibu kali ini, kita perlu bertanya diri sendiri, sejauh mana kita sendiri mahu membantu meringankan kerja ibu di rumah? Adakah dengan berkorban tenaga atau mencari alternatif lebih bijak.

Philips PerfectCare 8000 Series Steam Generator Iron menawarkan ciri-ciri hebat seperti penghasilan wap konsisten yang boleh melicinkan kedutan pada pakaian dengan sekali ayunan sahaja.
Bayangkan sekiranya semua tugasan menyeterika pakaian itu boleh disempurnakan dalam separuh masa sahaja. Baru-baru ini, kami dapat melihat demonstrasi Philips PerfectCare 8000 Series Steam Generator Iron yang menawarkan ciri-ciri hebat seperti penghasilan wap konsisten yang boleh melicinkan kedutan pada pakaian dengan sekali ayunan sahaja! Lebih menarik lagi, kuasa wap yang dihasilkan itu boleh menembusi sehingga empat lapisan pakaian.
Teknologi sensor pintar dalam produk ini juga menjamin tiada kesan terbakar ke atas semua jenis fabrik tanpa perlu menukar suhu seterika. Dengan mudah sahaja kita boleh menyeterika pelbagai jenis pakaian, dari seragam sekolah ke baju pejabat, malah fabrik lembut seperti tudung sifon dan baju kurung sutera juga boleh selesaikan sekali gus.

Seterika Philips Steam Generator ini dilancarkan untuk meringankan beban para ibu dari segi masa, tenaga dan beban emosi semasa menyeterika.
Tidak ubah seperti seorang ibu, seterika ini direka untuk menjalankan pelbagai tugas. Malah, antara ciri-ciri keselamatan yang ada termasuklah fungsi mati sendiri apabila tidak digunakan, membolehkan pengguna berkejar-kejar melakukan tugasan lain. Ia juga bersifat ringan dan boleh dibawa ke mana-mana, bukan sahaja untuk menyeterika pakaian tetapi anda boleh menggunakannya untuk mengewap sofa di ruang tamu.

Teknologi sensor pintar dalam produk ini menjamin tiada kesan terbakar ke atas semua jenis fabrik tanpa perlu menukar suhu seterika.
Sempena Hari Ibu tahun ini, cuba kita berfikir sejenak betapa besarnya pengorbanan wanita yang bergelar ibu yang bertungkus-lumus untuk memastikan semua diurus dengan baik tanpa menghiraukan diri sendiri. Sebab itu seterika Philips Steam Generator ini dilancarkan untuk meringankan beban para ibu dari segi masa, tenaga dan beban emosi semasa menyeterika. Ukirkan senyuman di wajah ibu kita dan berilah ibu lebih masa untuk diri mereka sendiri. Selamat Hari Ibu kepada semua wanita di Malaysia!



