Polis kesan lelaki warga Nigeria terbalikkan meja restoran

Polis kesan lelaki warga Nigeria terbalikkan meja restoran

Kuala Lumpur: Polis sedang mengesan seorang lelaki dipercayai warganegara Nigeria bertindak menterbalikkan beberapa meja makan di sebuah restoran di Jalan Klang Lama di sini, Isnin lepas yang tular menerusi media sosial.

​Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Hoo Chan Hook berkata pada kejadian 1.56 pagi itu, suspek dipercayai berada dalam keadaan mabuk.

​”Tiada individu mengalami kecederaan, namun ramai pelanggan melarikan diri kerana takut dicederakan suspek,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat yang menyebabkan kerosakan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top