Shiha Zikir artis undangan konsert King Nassar

Shiha Zikir artis undangan konsert King Nassar

am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur : Selepas sekian lama menanti, penyanyi sensasi Indonesia, Nassar atau lebih dikenali sebagai King Nassar akhirnya bakal mengubat rindu peminat di Malaysia menerusi konsert Voice of the ‘KING’ Nassar Live in Malaysia.

Konsert yang dijadualkan berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 31 Julai depan itu bakal menyaksikan Nassar membawakan spektakel muzik ‘diraja’ yang penuh dramatik.

Nassar yang cukup sinonim dengan vokal mantap dan aksi pentas yang flamboyan menyifatkan konsert ini sebagai satu pengalaman menyeronokkan buat penonton.

Konsert ini akan menyemarakkan suasana dengan elemen pop fusion yang penuh tenaga, disulami dengan sentuhan komedi ringan dan hiburan santai.

Beliau bakal mempersembahkan lagu-lagu popular seperti Mati Lampu, Gejolak Asmara dan banyak lagi dalam produksi pentas yang imersif.

Lebih menarik, malam penuh gemilang itu bakal diserikan dengan kehadiran penyanyi hebat tanah air, Shiha Zikir, yang tampil sebagai artis jemputan khas.

Kehadiran Shiha dianggap sebagai satu sambutan muzik rentas budaya yang dinamik, sekali gus memperkukuh hubungan seni antara dua negara serumpun.

Acara yang dianjurkan oleh Satu8 dan Black Sky Entertainment ini turut mendapat sokongan daripada Tourism Malaysia.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top