Penjaja Makanan Rakam Video Adik Perempuan Mandi Didakwa

Penjaja Makanan Rakam Video Adik Perempuan Mandi Didakwa

Oh! Tidak

Mangsa mengetahui diri dirakam selepas abang tunjuk video di telefon bimbit.


Seorang abang yang sepatutnya menjadi pelindung tergamak mengaibkan adik sendiri apabila merakam ketika mangsa sedang mandi.

Memetik laporan Harian Metro, tertuduh yang bekerja sebagai penjaja makanan ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret Batu Pahat hari ini bagaimanapun mengaku tidak bersalah.

Abang sendiri tunjuk video rakaman kepada mangsa

Seks remaja pdrm ohmedia

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM3,000. Namun, tertuduh gagal menjelaskan wang jaminan dan dihantar ke Penjara Satelit Ledang, Tangkak untuk tahanan sementara.

Kes berkenaan akan disebut semula pada 15 Jun ini bagi tujuan serahan dokumen.

Menurut laporan, mangsa yang berusia 26 tahun didakwa mengetahui perkara itu selepas abangnya sendiri menunjukkan rakaman berkenaan kepadanya.

Ketika itu, mangsa dipanggil masuk ke bilik tidur oleh tertuduh dengan alasan mahu menunjukkan sesuatu.

Abang enggan padam, mangsa buat laporan polis

Pdrm

Mangsa yang terkejut meminta tertuduh memadam video berkenaan, namun permintaan itu tidak diendahkan.

Tidak berpuas hati dengan tindakan tersebut, mangsa akhirnya membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

Difahamkan, tertuduh yang merupakan duda anak satu merakam video mangsa sedang mandi menggunakan telefon bimbit menerusi bahagian bawah pintu bilik air yang pecah.

Perbuatan didakwa berlaku di sebuah rumah dalam daerah Batu Pahat antara 16 Februari hingga 3 April lalu.

Kes itu dikemukakan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan. Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Pssttt! Kes sebegini cukup mengingatkan kita bahawa privasi seseorang tidak boleh dipandang ringan, apatah lagi apabila melibatkan ahli keluarga sendiri.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top