Sultan Ibrahim terima menghadap kepimpinan UMNO

Sultan Ibrahim terima menghadap kepimpinan UMNO
Sultan Ibrahim terima menghadap kepimpinan UMNO

Sultan Ibrahim terima menghadap kepimpinan tertinggi UMNO sempena ulang tahun ke-80 parti di Istana Besar Johor.

JOHOR BAHRU – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap barisan kepimpinan tertinggi UMNO di Istana Besar Johor sempena sambutan ulangtahun ke-80 parti itu di sini pada Isnin.

Hadir sama, Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail.

Baginda berdua turut berkenan bergambar bersama kepimpinan UMNO di Tangga Selat, Istana Besar Johor sebagai simbolik meraikan tertubuhnya parti tersebut di istana berkenaan pada 11 Mei 1946.

Ketibaan baginda berdua kira-kira pada jam 11.10 pagi itu disambut Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta Pengerusi UMNO Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Barisan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO juga dijadualkan untuk mengadakan mesyuarat di Pejabat Perhubungan UMNO Negeri Johor pada jam 3 petang ini.

Artikel Disyorkan

Scroll to Top