am@hmetro.com.my
Alor Setar: Seorang wanita cedera tikam di bahagian kanan leher oleh lelaki yang dikenalinya di hadapan sebuah restoran di Jalan Titi Gajah, Kepala Batas, di sini malam ini.
Kejadian dipercayai berlaku jam 9.15 malam dan mangsa adalah wanita berusia 35 tahun yang juga penjawat awam.
Mangsa dipercayai ditikam di dalam keretanya dan mengalami kecederaan sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk rawatan lanjut.
Setakat ini mangsa dilaporkan dalam stabil, manakala lelaki yang menikam wanita itu melarikan diri.
Pasukan dari Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah sedang melakukan siasatan di lokasi.
Satu sidang media diadakan di lokasi kejadian oleh Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Syed Basri Syed Ali.
© New Straits Times Press (M) Bhd




