Pemandu kereta api dalam pelanggaran tren-bas Bangkok didapati positif dadah

Pemandu kereta api dalam pelanggaran tren-bas Bangkok didapati positif dadah
Pemandu kereta api dalam pelanggaran tren-bas Bangkok didapati positif dadah

Pada petang Sabtu, sebuah kereta api dalam perjalanan dari Wilayah Chachoengsao ke Bang Sue di Bangkok bertembung dengan sebuah bas di persimpangan kereta api. Foto Agensi

BANGKOK – Pemandu kereta api dalam kes perlanggaran tren-bas Bangkok didapati positif dadah, lapor media Thailand pada Ahad, menurut Xinhua.

Pada petang Sabtu, sebuah kereta api dalam perjalanan dari Wilayah Chachoengsao ke Bang Sue di Bangkok bertembung dengan sebuah bas di persimpangan kereta api di tengah-tengah Bangkok, mencetuskan kebakaran disertai bunyi dentuman.

Beberapa kereta dan motosikal lain turut terlibat.

Kemalangan itu telah menyebabkan lapan kematian dan 32 kecederaan. Kesemua yang maut ialah penumpang dalam bas tersebut.

Keputusan ujian air kencing yang lebih terperinci bagi pemandu kereta api dan juru isyarat lintasan kereta api akan diumumkan secara rasmi pada Isnin, dan kakitangan berkaitan akan didakwa, kata polis Thailand. – Bernama

 

 

Scroll to Top