Lelaki maut tersangkut eskalator tanpa bantuan orang ramai

Lelaki maut tersangkut eskalator tanpa bantuan orang ramai
Lelaki maut tersangkut eskalator tanpa bantuan orang ramai

Rakaman CCTV berdurasi 57 minit itu menunjukkan mangsa cuba melepaskan dirinya tanpa bantuan sesiapa pun. – Foto Agensi

MASSACHUSETTS – Rakaman sistem kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan seorang lelaki cuba melepaskan dirinya setelah terperangkap pada eskalator meraih perhatian ramai.

Paling mengejutkan, orang ramai yang lalu-lalang di stesen kereta api di Massachusetts di Amerika Syarikat (AS) itu langsung tidak menghulurkan bantuan atau mengendahkan keadaan mangsa dikenali sebagai Steven McCluskey, 40.

Menurut laporan NBC10 Boston, mangsa sedang menuruni tangga bergerak tersebut apabila dia hilang keseimbangan tubuh kerana pakaiannya tersangkut pada eskalator berkenaan.

Selepas bergelut untuk melepaskan diri, McCluskey akhirnya terbaring kaku.

“Selepas 18 minit, seorang individu yang prihatin akhirnya menghubungi talian kecemasan. Sejurus pasukan paramedik tiba, mangsa dilaporkan sudah tiada denyutan nadi. Bantuan kecemasan diberikan dan dia kembali bernafas.

McCluskey dibawa ke hospital dalam keadaan kritikal dan kemudiannya koma. “Dia meninggal dunia 10 hari selepas itu,” menurut laporan itu lagi.

Kejadian itu mengundang kritikan banyak pihak terutamanya ahli keluarga mangsa.

Difahamkan, siasatan terhadap insiden itu sedang dijalankan. – Agensi

 

Scroll to Top