Bergurau mahu nikahi ibu rakan, remaja maut dibunuh

Bergurau mahu nikahi ibu rakan, remaja maut dibunuh
Bergurau mahu nikahi ibu rakan, remaja maut dibunuh

Jasad mangsa yang tidak bernyawa ditemui oleh seorang petani. Foto Agensi

WAJO – Benar bak kata pepatah kerana mulut badan binasa.

Gurauan melampau seorang remaja membawa padah setelah dia dibunuh rakannya dalam kejadian menggemparkan di Kecamatan Pitumpanua, Kabupaten Wajo, Sulawesi Selatan di Indonesia pada minggu lalu.

Pelaku dikenali sebagai A, 17, berang dengan MMA, 18, yang berulang kali bergurau mahu menikahi ibunya.

Suspek bertindak membunuh mangsa dan jasadnya ditemui seorang petani dikenali sebagai Syarifudin di sebuah kawasan kebun di Jalan Sepakat, Desa Batu, Kecamatan Pitumpanua.

“Saya tercium bau yang kurang menyenangkan dari arah semak lalu mencari puncanya. Ia membawa kepada penemuan mayat seorang pemuda,” ujarnya.

Pihak berkuasa kemudiannya berjaya memberkas A dalam tempoh kurang 24 jam setelah menerima aduan.

“Penahanan suspek dibuat di rumahnya di Kecamatan Larompong Selatan. Dia mengakui perbuatannya ketika disoal siasat.

“Kemarahannya memuncak setelah MMA menyarankan agar ibu pelaku berpisah dengan bapa tirinya dan dia menyatakan mahu menikahi ibu A,” ujar Iptu Fahrul.

Menurutnya lagi, mangsa ditetak dengan parang beberapa kali. Dia meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan serius dialaminya.

Difahamkan, siasatan lanjut sedang dijalankan pihak berkuasa. – Agensi

Scroll to Top