Zi Yu-Nuraqilah Maisarah kecundang di pusingan pertama Masters Malaysia

Zi Yu-Nuraqilah Maisarah kecundang di pusingan pertama Masters Malaysia

sukan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Hasrat beregu wanita muda negara, Low Zi Yu-Noraqilah Maisarah Ramdan untuk melangkah lebih jauh di halaman sendiri tidak kesampaian apabila tewas kepada pasangan China, Bao Li Jing-Chao Zhi Han di pusingan pertama Masters Malaysia, hari ini.

Pada aksi berlangsung di Unifi Arena, Bukit Jalil, kedua-dua pasangan mempunyai momentum baik selepas beraksi cemerlang pada minggu lalu, namun pengalaman dilihat lebih memihak kepada gandingan China itu untuk mencatat kemenangan straight set 21-18, 21-12 dalam masa 38 minit.

Di set pertama, permainan nampak seimbang apabila Zi Yu-Noraqilah mampu menyaingi lawan mereka dan beberapa kali bangkit untuk menyamakan mata.

Tetapi sedikit kesilapan di hujung permainan memberi ruang buat Li Jing-Chao Zhi Han mengambil kesempatan itu.

Bermula set kedua, gandingan ke-100 dunia itu seakan-akan hilang momentum apabila permainan mereka serba tidak menjadi dan ketinggalan 0-11 kepada pasangan China itu.

Meskipun cuba bangkit, ia agak terlewat kerana ketinggalan terlalu jauh dan terpaksa akur melihat beregu ke-144 dunia itu mara ke pusingan 16 terbaik.

Untuk rekod, minggu lalu Li Jing-Zhi Han muncul juara Terbuka Thailand walaupun gandingan baru dibentuk sementara Zi Yu-Noraqilah pula beraksi cemerlang sebelum tewas di final Masters China.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top