Semua mayat penyelam Itali hilang ditemukan – Kerajaan Maldives

Semua mayat penyelam Itali hilang ditemukan – Kerajaan Maldives
Semua mayat penyelam Itali hilang ditemukan – Kerajaan Maldives

Dari kiri, Monica Montefalcone, Muriel Oddenino, Giorgia Sommacal dan Federico Gualtieri.

MALE – Pihak berkuasa Maldives telah menemukan dua mayat terakhir penyelam Itali yang hilang semasa aktiviti menyelam gua di Atol Vaavu, sekali gus menamatkan operasi mencari dan menyelamat selama beberapa hari, menurut media rasmi Maldives PSM News pada Rabu, lapor Xinhua.

Mayat empat lagi pelancong Itali yang hilang ketika menyelam di sebuah gua bawah laut di Maldives akhirnya ditemukan pada Isnin. Foto AP

Mayat empat lagi pelancong Itali yang hilang ketika menyelam di sebuah gua bawah laut di Maldives akhirnya ditemukan pada Isnin. Foto AP

Ketua Jurucakap Kerajaan Mohamed Hussain Shareef memberitahu PSM News bahawa mayat berkenaan ditemukan pada Rabu dengan sokongan daripada Pengawal Pantai Pasukan Pertahanan Negara Maldives, polis dan sepasukan penyelam teknikal Finland yang dihantar oleh kerajaan Itali.

ARTIKEL BERKAITAN: Penyelam maut ketika cari empat mayat pelancong di gua dasar laut

Misi keluarkan mayat pelancong laut Maldives sebelum dibaham jerung

Misteri tragedi ‘gua jerung’ Maldives: Pakar dedah beberapa teori punca kematian lima penyelam

Mayat empat pelancong Itali ditemukan dalam ‘gua jerung’ Maldives

Mayat pengajar selam kumpulan itu telah ditemukan pada 15 Mei, sehari selepas lima warga Itali berkenaan gagal timbul semula semasa aktiviti menyelam pada 14 Mei, lapor PSM News.

Pasukan Pengawal Pantai Angkatan Pertahanan Nasional Maldives (MNDF) menjalankan operasi mencari dan menyelamat di Vaavu Atoll.-Agensi

Pasukan Pengawal Pantai Angkatan Pertahanan Nasional Maldives (MNDF) menjalankan operasi mencari dan menyelamat di Vaavu Atoll.-Agensi

Pihak berkuasa kemudiannya menemukan dua lagi mayat pada Selasa.

Shareef berkata, para pegawai sedang berusaha untuk mengenal pasti mayat tersebut dan sedang berkoordinasi dengan kerajaan Itali untuk menghantar pulang mayat berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Penyelam maut ketika cari empat mayat pelancong di gua dasar laut

Misi keluarkan mayat pelancong laut Maldives sebelum dibaham jerung

‘Isteri saya penyelam terbaik dunia, tak mungkin cuai’

Kesemua penyelam itu ditemukan di dalam sistem gua tempat mereka melakukan aktiviti menyelam.

Operasi mencari sebelum ini terpaksa dihentikan sementara selepas seorang anggota penyelam tentera Maldives maut akibat penyakit penyahmampatan ketika menyertai misi menyelamat.

Operasi mencari sebelum ini terpaksa dihentikan sementara selepas seorang anggota penyelam tentera Maldives maut akibat penyakit penyahmampatan ketika menyertai misi menyelamat.

Sebelum ini dilaporkan bahawa kumpulan berkenaan cuba menerokai gua pada kedalaman kira-kira 50 meter.

Mangsa termasuk seorang profesor biologi marin dari Universiti Genoa di Itali, anak perempuannya, dan dua penyelidik muda, menurut kenyataan daripada universiti berkenaan. – Bernama

Scroll to Top