Kereta dilaporkan hilang kelmarin ditemukan dalam sungai hari ini

Kereta dilaporkan hilang kelmarin ditemukan dalam sungai hari ini

am@hmetro.com.my

Kulai: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Johor menemukan kereta jenis Nissan Almera di sungai di Kampung Seri Maju, Senai di sini.

Jurucakapnya berkata, panggilan diterima daripada polis pada jam 11.19 pagi hari ini berkaitan kejadian kereta terjunam di sungai.

Menurutnya, operasi diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan II Nor Arasyil Azim Nor Ahmad serta empat anggota dan jentera penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulai di sini.

Menurutnya, pemeriksaan mendapati terdapat sebuah kereta jenis Nissan Almera bernombor pendaftaran tidak diketahui di dalam sungai.

“Dua anggota menjalankan pemeriksaan termasuk dengan menggunakan tali menyelamat di air.

“Selepas pemeriksaan dilakukan, tiada mangsa ditemukan dalam kereta terbabit. Operasi tamat pada jam 12.13 tengah hari,” katanya menerusi siaran media hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, kejadian masih dalam siasat dan hasil semakan mendapati ia dilaporkan hilang pada 18 Mei lalu.

Menurutnya tiada mangsa ditemukan dalam kereta terbabit.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top