Gagal bayar sewa, lelaki biar isteri dan anak dirogol pemilik rumah

Gagal bayar sewa, lelaki biar isteri dan anak dirogol pemilik rumah
Gagal bayar sewa, lelaki biar isteri dan anak dirogol pemilik rumah

Suspek kini sudah ditahan polis. Foto Agensi

NEW DELHI – Seorang lelaki di Gujarat, India ditahan selepas didakwa menyerahkan isteri dan anak perempuan bawah umurnya kepada tuan rumah sebagai balasan kerana gagal melunaskan tunggakan sewa rumah.

Menurut polis, keluarga itu yang berasal dari Surendranagar berpindah ke daerah Morbi kira-kira enam bulan lalu bagi mencari penempatan dan kerja baharu.

Mereka menyewa sebuah rumah dengan kadar sewa bulanan 2,000 rupee (RM82), namun berdepan kesulitan kewangan sehingga gagal membayar tunggakan selama empat bulan.

Polis mendakwa lelaki tersebut kemudian membuat perjanjian dengan tuan rumah dengan membenarkan isteri serta anak perempuannya menjadi mangsa rogol sebagai ganti bayaran sewa tertunggak.

Kejadian itu terbongkar selepas ibu kepada wanita terbabit mengetahui mengenai perbuatan tersebut sebelum membuat laporan polis di Morbi.

Susulan laporan itu, polis membuka kertas siasatan di bawah beberapa peruntukan undang-undang termasuk Akta Perlindungan Kanak-Kanak daripada Kesalahan Seksual (POCSO).

Bapa mangsa dan tuan rumah berkenaan kemudian ditahan pihak berkuasa.

“Tindakan penderaan seksual itu dirancang oleh bapa kanak-kanak terbabit bersama tuan rumah,” kata Timbalan Penguasa Polis, JM Lal.

Polis turut memburu seorang lagi suspek yang dipercayai terlibat dalam jenayah tersebut.— Agensi

Scroll to Top