Satu perkongsian daripada seorang wanita yang mendakwa dirinya bekas isteri kepada Allahyarham ASP Mohd Firdaus Safuan Abdul Rasib mencuri perhatian ramai.
BACA: Spekulasi Kematian Pegawai JSJ Tular, Polis Beri Amaran Jika Ada Unsur Fitnah
Menerusi hantaran tersebut, wanita berkenaan memohon orang ramai agar mendoakan yang baik-baik buat arwah selain menghadiahkan bacaan al-Fatihah.
Perkongsian Bekas Isteri Buat Ramai Sebak
Wanita itu turut menyifatkan arwah yang juga pegawai kanan JSJ Shah Alam sebagai seorang ayah yang sangat baik.

Luahan ringkas itu nyata menyentuh hati ramai, lebih-lebih lagi apabila ia dikongsikan selepas pemergian arwah yang sebelum ini dilaporkan maut dipercayai terjatuh dari sebuah apartmen di Vista Alam, Seksyen 14, Shah Alam pada Rabu.
Terdahulu, Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar memaklumkan tiada unsur jenayah dikesan setakat ini berhubung kematian pegawai kanan tersebut.
Menurut beliau, siasatan awal polis percaya insiden berkenaan bersifat kemalangan.
Bagaimanapun, kes tersebut masih disiasat di bawah klasifikasi Sudden Death Report (SDR).
Dalam masa sama, Datuk Shazeli turut mengingatkan bahawa tindakan boleh diambil sekiranya terdapat spekulasi tidak benar yang berunsur fitnah terhadap arwah dan keluarga mangsa.
Pssttt! Cukuplah kita doakan yang baik-baik buat arwah dan beri ruang kepada keluarga untuk melalui detik sukar ini dengan tenang. Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
Kredit: TikTok Ira
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.




