Fatin Afeefa Syukur Dapat Hak Jagaan Penuh Anak

Fatin Afeefa Syukur Dapat Hak Jagaan Penuh Anak

Pelakoh Fatin Afeefa meluahkan rasa syukur mendapat hak penjagaan penuh bagi anak perempuannya, Ivy Herra Sophia.

Menerusi satu hantaran di Instagram, Fatin berkata selepas tiga tahun kes hadanah melibatkan penjagaan anaknya itu akhirnya selesai.

BACA: Tiga Tahun Turun Naik Mahkamah, Fatin Afeefa Syukur Nafkah Anak Dinaikkan

“Alhamdulillah. Selepas tiga tahun kes hadanah ini akhirnya selesai. Hak penjagaan penuh diberikan kepada saya sebagai ibu kandung,” tulisnya.

Dalam hantaran itu lagi, Fatin berkata apa yang penting adalah untuk terus bergerak ke hadapan dan memberi fokus pada anaknya itu.

“Now it’s time to move forward peacefully and focus on what truly matters, Ivy. Tiada lagi alasan, tiada lagi desakan yang tidak perlu. 

“Suara Ivy juga penting, dan dia berhak didengari. Mari kita laksanakan peranan kita dengan sewajarnya untuknya.” katanya.

Terdahulu, Fatin meluahkan rasa syukur tuntutan nafkah anak berpihak padanya selepas tiga tahun turun naik mahkamah.

Fatin memaklumkan mahkamah memutuskan nafkah anaknya dinaikkan, yuran sekolah ditanggung sepenuhnya dan tidak lagi bergantung kepada dirinya sahaja.


Scroll to Top