Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji sikap peniaga kecil yang disifatkan lebih cekal dan kurang mengeluh walaupun berdepan cabaran ekonomi semasa.
Menurut laporan Kosmo, Anwar berkata golongan peniaga kecil menunjukkan semangat luar biasa dan tidak terlalu banyak merungut seperti sesetengah pihak lain.
Sebenarnya peniaga kalau peringkat rendah ini keluhan dia sangat minimal.
Anwar Ibrahim sindir ahli politik

Dalam masa sama, Anwar turut menyindir segelintir ahli politik dan peniaga besar yang menurutnya lebih banyak mengeluh dan berleter.
Yang besar-besar itu yang banyak mengeluh dan yang mengeluh paling kuat orang-orang politik yang sudah tergelincir ini.
Alhamdulillah tiada (peniaga kecil) hendak berleter dan asyik merengek sepanjang masa. Itu hanya orang politik tertentu sahaja.
Harga barang masih jadi keluhan utama

Anwar berkata demikian ketika ditanya media mengenai maklum balas diterimanya sewaktu lawatan ke Pasar Tani Taman Melawati hari ini.
Menurut beliau, antara isu utama dibangkitkan peniaga ialah berkaitan harga barang keperluan yang masih tinggi.
Namun katanya, bantuan daripada agensi kerajaan seperti Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) sedikit sebanyak membantu mengurangkan beban peniaga dan pengguna.
Pssttt! Dalam keadaan ekonomi mencabar, sikap positif dan terus berusaha lebih penting daripada terlalu banyak mengeluh tanpa mencari solusi.
Kredit: Kosmo
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.




