
Penduduk Palestin yang kehilangan tempat tinggal berkumpul di lokasi sebuah bangunan rosak yang menjadi sasaran serangan Israel di kem pelarian Maghazi, tengah Semenanjung Gaza. Foto AFP
GAZA – Angka kematian di Semenanjung Gaza mencecah 72,783 sejak permulaan pencerobohan Israel pada Oktober 2023, dengan majoriti mangsa ialah wanita dan kanak-kanak, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA), memetik sumber perubatan.
Sekurang-kurangnya 172,779 yang lain turut cedera.
Angka berkenaan bukan jumlah yang tepat, memandangkan ramai mangsa masih terperangkap di bawah runtuhan, tidak dapat diakses oleh ambulans dan kru penyelamat, menurut WAFA. .
Sejak gencatan senjata berkuat kuasa pada 11 Oktober 2025, jumlah mereka yang terbunuh dan cedera masing-masing mencecah 890 dan 2,677.
Sekurang-kurangnya 776 mayat turut ditemui di bawah runtuhan. – Bernama-WAFA



