Lima maut, bas bertembung ambulans

Lima maut, bas bertembung ambulans
Lima maut, bas bertembung ambulans

Lima orang maut selepas sebuah bas penumpang bertembung dengan sebuah ambulans pada Ahad. Foto Reuters

DHAKA – Lima orang maut selepas sebuah bas penumpang bertembung dengan sebuah ambulans pada Ahad di daerah Faridpur, lapor Xinhua.

Penguasa polis daerah Faridpur, Md Nazrul Islam berkata, nahas berlaku kira-kira 10.20 pagi di sebuah lebuh raya, kira-kira 101 kilometer dari ibu negara Dhaka.

Beliau berkata, lima mangsa semuanya dari ambulans termasuk pemandunya maut di tempat kejadian.

Nahas turut mencederakan beberapa penumpang bas yang kemudian dikejarkan ke hospital tempatan, katanya.

Punca nahas masih belum diketahui.- Bernama-Xinhua

Scroll to Top