Kerajaan pandang serius insiden maut pekerja pelantar minyak, pastikan keselamatan diperkukuh – PM

Kerajaan pandang serius insiden maut pekerja pelantar minyak, pastikan keselamatan diperkukuh – PM

KUALA LUMPUR – Kerajaan memandang serius insiden maut melibatkan tiga pekerja kontraktor di platform Sepat di perairan Terengganu-Kelantan semalam, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menerusi hantaran di laman X, beliau berkata, siasatan menyeluruh sedang dilaksanakan pihak berkaitan bagi mengenal pasti punca kejadian.

Anwar berkata, kerajaan juga akan memastikan aspek keselamatan pekerjaan sentiasa diperkukuh demi melindungi kebajikan pekerja negara.

No Image Caption

“Takziah kepada seluruh ahli keluarga mangsa dan mendoakan agar mereka diberikan kekuatan serta ketabahan menghadapi dugaan yang amat berat ini dan moga mangsa yang sedang menerima rawatan dikurniakan kesembuhan segera,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiga pekerja pelantar minyak maut, bot penyelamat terjatuh ke dalam laut

Isteri sarat mengandung tak sangka panggilan video jadi kenangan terakhir

‘Arwah suami tak sempat temankan saya berpantang anak kedua’

Semalam, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, kejadian berlaku pada jam 12.50 tengah hari semasa semua mangsa dipercayai menaiki sebuah bot penyelamat yang berada di atas platform untuk turun ke laut bagi menjalankan kerja penyelenggaraan di bahagian bawah platform itu.

Bagaimanapun, tali atau cangkuk yang dipasang pada bot itu dipercayai tercabut menyebabkan kesemua mangsa terjatuh ke dalam laut bersama-sama bot.

Mereka yang maut ialah Ahmad Fiqri Zakaria, 38, dari Batu Berendam, Melaka; Muhammad Faezuan Hakim Mohammad Bustamam, 28, (Kuantan, Pahang); dan Nik Muhammad Hafifi Asri Ab Majid, 38, (Bandar Indera Mahkota, Pahang).

ARTIKEL BERKAITAN: Petronas sahkan insiden di FSO Sepat, siasatan masih dijalankan

Petronas sahkan insiden melibatkan pekerja kontraktornya

Tragedi bot penyelamat terjatuh: ​’Happy birthday kakak’ ucapan terakhir Hafifi sebelum maut

Seorang lagi mangsa, Mohd Taufik Mohd Ruslan, 37, dari Banting, Selangor dilaporkan cedera parah dan masih menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu.

Ahli keluarga mangsa yang dilaporkan maut dalam kemalangan tali bot yang terputus semasa latihan kecemasan di perairan Terengganu-Pahang, berada di Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), bagi menuntut jenazah mangsa. Foto Bernama

Ahli keluarga mangsa yang dilaporkan maut dalam kemalangan tali bot yang terputus semasa latihan kecemasan di perairan Terengganu-Pahang, berada di Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), bagi menuntut jenazah mangsa. Foto Bernama

Sementara itu, Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dalam kenyataan pada Isnin mengesahkan insiden itu melibatkan tiga pekerja kontraktornya maut manakala seorang lagi cedera parah dan memaklumkan siasatan berhubung punca insiden sedang dijalankan dengan kerjasama pihak berkuasa berkaitan. – Bernama

 

 

Scroll to Top