SPR tetap tarikh mesyuarat khas PRN Johor selepas terima pemakluman rasmi

SPR tetap tarikh mesyuarat khas PRN Johor selepas terima pemakluman rasmi
SPR tetap tarikh mesyuarat khas PRN Johor selepas terima pemakluman rasmi

SPR akan mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan tarikh-tarikh penting PRN Johor. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan Mesyuarat Khas bagi urusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sebaik sahaja menerima pemakluman rasmi mengenai pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor daripada Speaker Dewan negeri itu.

Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun berkata, mesyuarat khas itu akan membincangkan tarikh-tarikh penting bagi PRN berkenaan.

“SPR mengambil maklum sidang media oleh Datuk Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor mengenai pembubaran Dewan Negeri Johor Ke-15 pada hari ini, 1 Jun 2026.

“Sehubungan dengan itu, SPR akan memaklumkan tarikh bagi mengadakan Mesyuarat Khas untuk membincangkan tarikh-tarikh penting bagi PRN Johor sebaik sahaja menerima pemakluman rasmi daripada Speaker Dewan Negeri Johor berkaitan tarikh pembubaran Dewan Negeri Johor ini,” katanya.

Petang tadi, Onn Hafiz pada sidang media khas di kediaman rasmi beliau di Saujana di Johor Bahru mengumumkan DUN Johor dibubarkan berkuat kuasa hari ini bagi memberi laluan kepada pelaksanaan PRN.

Beliau berkata pembubaran itu dilakukan selepas mendapat titah perkenan daripada Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail dalam satu majlis menghadap yang berlangsung hari ini. – Bernama

Scroll to Top