Eskayvie cipta nilai melangkaui produk

Eskayvie cipta nilai melangkaui produk

DIASASKAN pada tahun 2009 oleh pasangan suami isteri, Dr Syid Ayob Syid Mustafa Al-Qudri dan Dr Kartika Wati Mohamed, perjalanan Eskayvie bermula daripada sebuah impian untuk membantu masyarakat menjalani kehidupan yang lebih sihat dan berkualiti.

Daripada sebuah syarikat kecil di Shah Alam, Eskayvie kini berkembang menjadi antara jenama suplemen kesihatan dan wellness yang semakin dikenali, bukan sahaja di Malaysia malah turut menembusi pasaran antarabangsa, khususnya di rantau Asia Tenggara.

Dalam tempoh lebih satu dekad, syarikat ini berjaya membina reputasi tersendiri menerusi rangkaian produk kesihatan, kecantikan dan wellness berasaskan formulasi sains yang mendapat kepercayaan pengguna pelbagai lapisan usia.

Namun bagi pengasasnya, di sebalik kejayaan tersimpan sebuah misi lebih besar iaitu memperkasakan kesihatan masyarakat serta membuka peluang ekonomi menerusi ekosistem keusahawanan yang dibangunkan sendiri oleh syarikat.

Dalam temu bual bersama Sinar Bisnes baru-baru ini, pasangan pengasas itu berkongsi perjalanan membina Eskayvie daripada sebuah impian kecil sehingga menjadi jenama yang kini mempunyai jutaan pengguna.

Mengimbau detik awal penubuhan, Syid Ayob yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Eskayvie berkata, idea membangunkan perniagaan itu tercetus apabila melihat semakin ramai berdepan penyakit kronik berpunca daripada gaya hidup dan tabiat pemakanan tidak sihat.

Menurutnya, ramai hanya mula memberi perhatian kepada kesihatan apabila sudah jatuh sakit, sedangkan pencegahan sepatutnya menjadi asas utama kehidupan.

Syid Ayob menjadi tulang belakang di sebalik segmen penyelidikan dan pembangunan di Eskayvie.

Syid Ayob menjadi tulang belakang di sebalik segmen penyelidikan dan pembangunan di Eskayvie.

“Bertitik tolak daripada kesedaran bahawa banyak penyakit kronik berpunca daripada gaya hidup dan pemakanan di rumah, Eskayvie memperjuangkan pendekatan pencegahan dalaman menerusi formulasi berasaskan sains.

“Kami mahu membantu masyarakat memahami bahawa kesihatan perlu dijaga sebelum sakit. Sebab itu setiap produk yang dihasilkan bukan sekadar mengikut trend pasaran, tetapi berdasarkan masalah sebenar dihadapi pengguna,” katanya.

Berbekalkan pengalaman lebih 17 tahun dalam industri, Eskayvie terus melangkah sebagai antara pemain yang aktif menghasilkan produk kesihatan berkualiti tinggi menerusi penyelidikan dan inovasi berterusan.

Menariknya, pasukan penyelidikan ini diketuai sendiri oleh Syid Ayob yang mempunyai latar belakang dalam bidang perubatan, sekali gus memberi kelebihan dalam pembangunan formulasi berasaskan sains dan keperluan sebenar pengguna.

Selaku Pengarah Urusan Eskayvie,Kartika memainkan peranan penting dalam memastikan kelancaran operasi syarikat.

Selaku Pengarah Urusan Eskayvie,Kartika memainkan peranan penting dalam memastikan kelancaran operasi syarikat.

Dengan sokongan bahan berpaten berkualiti tinggi serta kerjasama strategik bersama universiti tempatan, Eskayvie juga memastikan setiap produk yang dihasilkan bukan sekadar berada di pasaran, tetapi memberi nilai dan manfaat signifikan kepada pengguna.

“Di Eskayvie, kami adalah trendsetter, bukan trend follower. Kami mengutamakan integriti dalam penghasilan semua produk menerusi kajian, penyelidikan dan formulasi yang berkualiti,” katanya.

Bagi memastikan pendekatan kesihatan yang lebih menyeluruh, Eskayvie turut memperkenalkan enam teras utama Gaya Hidup Eskayvie iaitu Detoksifikasi, Pemulihan, Prestasi, Peremajaan, Penstabilan dan Imuniti.

Kesemua teras ini diterjemahkan dalam formulasi produk yang direka khusus bagi menangani cabaran kesihatan moden termasuk masalah metabolik, ketahanan imun serta kesejahteraan mental.

“Bagi kami, kualiti bukan sekadar ‘claim’, ia adalah tanggungjawab yang diterapkan dalam setiap formulasi dan setiap proses.

“Saya juga mahu menepis tanggapan sesetengah pihak bahawa produk atau suplemen kesihatan ini hanyalah ‘produk sampah’. Saya mahu mengangkat industri ini ke peringkat lebih tinggi dengan produk yang benar-benar berkualiti dan diyakini,” katanya.

Antara produk yang mendapat sambutan termasuk Eskayvie Mindtropic dikenali sebagai suplemen peningkatan fungsi minda, Eskayvie Diffenz untuk sokongan sistem imun badan serta Mindtropic Junior membantu fokus dan perkembangan kanak-kanak.

Kekuatan jenama dan strategi pemasaran

Bagi Syid Ayob, menghasilkan produk baik sahaja tidak mencukupi untuk menjamin kejayaan dalam dunia perniagaan yang semakin kompetitif.

Kekuatan jenama dan strategi pemasaran yang berkesan turut memainkan peranan penting dalam membina kepercayaan masyarakat dan menyampaikan manfaat sebenar produk.

“Produk bagus perlu disokong dengan pemasaran yang baik. Jika tidak, masyarakat mungkin tidak mengenali nilai sebenar produk tersebut,” katanya.

Eskayvie antara jenama suplemen kesihatan dan wellness yang semakin dikenali, bukan sahaja di Malaysia malah di rantau Asia Tenggara.

Eskayvie antara jenama suplemen kesihatan dan wellness yang semakin dikenali, bukan sahaja di Malaysia malah di rantau Asia Tenggara.

Beliau turut menekankan kepentingan pendidikan kesihatan yang lebih awal dalam kalangan generasi muda agar mereka memahami hubungan antara gaya hidup dan risiko penyakit.

“Ramai tidak sedar bahawa penyakit datang daripada gaya hidup yang tidak sihat. Pemakanan, kurang bersenam, stres dan rutin harian semuanya memberi kesan kepada tubuh badan.

“Saya berharap satu hari nanti akan ada pendidikan kesihatan yang lebih praktikal di sekolah supaya generasi muda lebih peka tentang kepentingan menjaga kesihatan sejak awal,” katanya.

Lebih daripada itu, beliau turut menyimpan aspirasi untuk memperluaskan impak sosial Eskayvie melalui penubuhan yayasan di setiap negara yang menjadi pasaran syarikat pada masa hadapan.

Ia akan berfungsi sebagai platform menyumbang semula kepada masyarakat melalui pendidikan, kebajikan dan pembangunan insan.

Tulang belakang

Di sebalik pertumbuhan Eskayvie, turut berdiri seorang wanita yang memainkan peranan penting dalam memastikan kelancaran operasi syarikat iaitu Pengarah Urusannya, Kartika.

Menggalas pelbagai tanggungjawab dalam satu masa bukan sesuatu yang mudah, terutama apabila beliau turut memikul peranan sebagai anak, isteri dan ibu kepada lapan orang anak.

Kartika mengakui perjalanan Eskayvie masih jauh dan misi syarikat tidak terhenti sekadar pada penghasilan produk kesihatan.

Kartika mengakui perjalanan Eskayvie masih jauh dan misi syarikat tidak terhenti sekadar pada penghasilan produk kesihatan.

“Kebanyakan masa saya akan berada di pejabat, tetapi pada waktu sama, saya ada seorang ibu berusia 80 tahun yang perlukan perhatian dan penjagaan. Saya juga ibu kepada lapan orang anak dan isteri yang perlu menguruskan keperluan suami.

“Memang tidak mudah, tapi saya perlu bijak membahagikan masa agar semuanya dapat diurus dengan baik. Setiap kesempatan yang ada di celah-celah kesibukan kerja akan saya gunakan sebaik mungkin termasuk ‘me time’ bersama suami kerana kami berdua sibuk menguruskan perniagaan,” katanya.

Walaupun terlibat dengan pelbagai komitmen termasuk firma guamannya, Kartika tetap percaya Eskayvie memerlukan sentuhan peribadinya kerana masih banyak sasaran yang ingin dicapai.

Dalam pada itu, antara pencapaian paling membanggakan beliau adalah pembangunan Eskayvie Nexus, sebuah platform perniagaan digital yang berjaya menghimpunkan lebih 100,000 usahawan sejak diperkenalkan pada tahun 2020.

Scroll to Top