Pembunuhan Kim Jong-nam di KLIA2 pada 13 Februari 2017 dipercayai dilakukan oleh dua wanita, Siti Aisyah (Indonesia) dan Doan Thi Huong (Vietnam), yang menyapu agen saraf VX pada mukanya di bawah helah lakonan “prank” televisyen. Beliau maut dalam masa singkat akibat racun kimia tersebut, manakala empat suspek utama warga Korea Utara yang dipercayai merancang serangan itu sempat melarikan diri ke luar negara pada hari kejadian.
Kes ini berakhir dengan pembebasan kedua-dua wanita tersebut selepas pertuduhan dipinda atau ditarik balik, namun ia mencetuskan krisis diplomatik besar sehingga membawa kepada pemutusan hubungan rasmi antara Malaysia dan Korea Utara.
Saksikan kronologi kes ini dalam Fail Mahkamah, 9 malam Rabu di TV3.
Strim juga melalui http://www.tonton.com.my atau aplikasi Tonton.
© New Straits Times Press (M) Bhd




