Persidangan DKU perlu dapat perkenan Tuanku – Mohd Zafir

Persidangan DKU perlu dapat perkenan Tuanku – Mohd Zafir
Persidangan DKU perlu dapat perkenan Tuanku – Mohd Zafir

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan, Setiausaha DKU, Raja Norazli Raja Nordin menegaskan bahawa beliau tidak mempunyai kewajipan untuk mematuhi sebarang arahan atau permintaan yang bercanggah dengan kerangka perlembagaan dan peruntukan undang-undang di bawah institusi berkenaan.

SEREMBAN – Kerajaan negeri berpendirian bahawa Dewan Keadilan dan Undang (DKU) merupakan sebuah institusi di bawah perlembagaan yang diketuai oleh Yang di-Pertuan Besar (YDPB) Negeri Sembilan.

Setiausaha kerajaan negeri, Datuk Mohd Zafir Ibrahim berkata, ia berdasarkan Fasal-Fasal 16, 17 dan 19 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan (UUTKNS).

“Sebarang persidangan atau mesyuarat DKU yang diadakan tanpa mendapat perkenan YDPB, tidak boleh dianggap sebagai suatu persidangan DKU.

“Kerajaan negeri mengambil maklum pendirian yang telah diambil oleh Datuk-Datuk Undang Luak dan Tunku Besar Tampin berkenaan kedudukan DKU dan Setiausaha DKU yang dilantik,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Beliau turut memaklumkan bahawa Setiausaha DKU merupakan satu jawatan lantikan oleh YDPB sendiri dan akan memegang jawatan selama yang diperkenankan oleh baginda seperti mana Fasal 25 UUTKNS.

Justeru katanya, mana-mana pihak selain YDPB tidak mempunyai kuasa untuk menggantung, menamatkan, menggantikan atau melantik mana-mana individu lain sebagai Setiausaha DKU.

Sebelum ini media melaporkan, Setiausaha DKU, Raja Norazli Raja Nordin menegaskan bahawa beliau tidak mempunyai kewajipan untuk mematuhi sebarang arahan atau permintaan yang bercanggah dengan kerangka perlembagaan dan peruntukan undang-undang di bawah institusi berkenaan.

Menurut beliau, sebagai seorang eksekutif DKU, tanggungjawabnya adalah tertakluk kepada UUTKNS 1959 serta prosedur DKU yang telah ditetapkan.

“Pada setiap masa, saya juga telah bertindak secara sah dan selaras dengan tugas serta tanggungjawab yang telah diamanahkan sebagai Setiausaha DKU,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi surat maklum balas terhadap arahan Datuk Mubarak Dohak, Undang Jelebu, Datuk Datuk Mendika Menteri Akhirulzaman Datuk Maarof Mat Rashad; Undang Luak Johol, Datuk Johan Pahlawan Lela Perkasa Sitiawan Datuk Muhammed Abdullah; Undang Luak Rembau, Datuk Sedia Raja Datuk Abdul Rahim Yassin; Tunku Besar Tampin, Tunku Syed Razman Syed Idrus Al-Qadri serta Datuk Shahbandar Sungei Ujong, Datuk Seri Badarudin Abdul Khalid untuk memanggil sidang Khas DKU.

Scroll to Top