Cannavaro selesa Uzbekistan dilabel ‘underdog’

Cannavaro selesa Uzbekistan dilabel ‘underdog’
Cannavaro selesa Uzbekistan dilabel ‘underdog’

Cannavaro (dua dari kanan) tidak kisah dengan status ‘underdog’ tapi menegaskan Uzbekistan bukan hadir ke Piala Dunia sebagai pelengkap jadual. Foto Agensi

PENGENDALI Uzbekistan, Fabio Cannavaro tidak melihat status underdog sebagai tekanan menjelang penampilan sulung negara itu di pentas Piala Dunia 2026.

Sebaliknya, bekas kapten Itali yang pernah menjulang Piala Dunia 2006 itu menegaskan status bukan pilihan merupakan ruang terbaik untuk memastikan pemain Uzbekistan dapat menikmati detik bersejarah tersebut tanpa dibebani jangkaan berlebihan.

“Ini Piala Dunia pertama kami. Jadi penting untuk tidak meletakkan tekanan berlebihan kepada pemain, sebaliknya memberi mereka peluang menikmati permainan,” katanya.

Sebagai rekod, Uzbekistan muncul sebagai negara Asia Tengah pertama layak ke Piala Dunia selepas gagal dalam tujuh percubaan.

Skuad dikenali White Wolves itu kini berada di ranking ke-50 dunia dan membawa gabungan pemain tempatan serta tonggak yang beraksi di luar negara termasuk Abdukodir Khusanov yang beraksi bersama Manchester City.

Uzbekistan diundi dalam Kumpulan K bersama Colombia, Portugal dan Republik Demokratik Congo, sekali gus dijangka berdepan cabaran besar dalam kempen sulung mereka.

Namun Cannavaro menegaskan, sasaran utama bukanlah keputusan segera, sebaliknya membina pengalaman untuk masa depan yang lebih kompetitif, khususnya menjelang kejohanan seperti Piala Asia akan datang.

“Jika Piala Dunia menjadi platform untuk kami menimba pengalaman, maka di Piala Asia nanti kami akan mula bersaing untuk keputusan,” ujar Cannavaro.

 

Mesti Baca

Scroll to Top