am@hmetro.com.my
Ipoh: Selepas 14 hari hilang di Gunung Batu Putih, Tapah, pendaki Jaslinda Saludin, 49, akhirnya ditemui selamat hari ini di kawasan berhampiran Kampung Orang Asli Lubuk Gaharu di Pos Musoh.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Datuk Sayani Saidon berkata, Jaslinda ditemui kira-kira 3 petang oleh seorang lelaki yang kemudian memaklumkannya kepada anak saudara mangsa yang berada di Johor.
“Anak saudaranya kemudian memaklumkan penemuan itu kepada pihak berkuasa.
“Orang Hilang (Jaslinda) sekarang berada di rumah Tok Batin Kampung Lubuk Gaharu,” katanya.
Jaslinda hilang sejak 24 Mei lalu selepas mendaki gunung berkenaan bersama 13 ahli kumpulan. Operasi mencari dan menyelamat (SAR) diaktifkan membabitkan pelbagai agensi sehingga pihak berkuasa menetapkan ia berlangsung pada skala kecil, Rabu lalu.
© New Straits Times Press (M) Bhd




