
Thaksin . – Agensi
BANGKOK – Bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra akan kembali ke bandar yang menjadi tempat perlindungannya sepanjang 15 tahun hidup dalam buangan berikutan pengaruh politiknya di tanah air semakin merosot.
Thaksin, 76, dilaporkan merancang berhijrah ke Dubai selepas menerima pengampunan diraja yang menghapuskan baki hukuman penjaranya, sekali gus membebaskan beliau daripada sekatan perjalanan yang dikenakan sejak kepulangannya ke tanah air pada 2023.
Menurut sumber rapat, taikun telekomunikasi itu dijangka menaiki jet peribadi sebaik sahaja pihak berkuasa melengkapkan urusan dokumentasi yang mengesahkan tempoh hukuman penjara beliau berakhir dan menanggalkan alat pemantauan elektronik yang dipakainya sejak dibebaskan secara parol pada bulan lalu.
Bandar di Emiriah Arab Bersatu (UAE) itu menjadi kediaman utama Thaksin selepas beliau melarikan diri dari Thailand pada 2008 bagi mengelak hukuman penjara setelah digulingkan dalam rampasan kuasa tentera pada 2006. – Agensi



