Orang Asli cerita detik pertemuan dengan Jaslinda

Orang Asli cerita detik pertemuan dengan Jaslinda

Tapah: Seorang penduduk Orang Asli yang menemukan pendaki Jaslinda Saludin, 49, petang tadi mendakwa wanita itu dilihat dalam keadaan terhuyung-hayang bersama satu beg plastik berisi beberapa jenis tumbuhan termasuk cendawan.

Nazri a/l Bah Eng, 55, berkata dia menemui Jaslinda ketika dalam perjalanan menuju ke kawasan sungai berhampiran Kampung Orang Asli Lubuk Gaharu bersama dua ahli keluarganya.

“Kami kebetulan nak memancing di sungai berkenaan, secara tiba-tiba seorang daripada kami menjumpai Jaslinda dalam keadaan lemah dan menangis. Dia juga ada bawa satu beg plastik yang berisi cendawan.

“Dalam keadaan itu, saya terus bawa dia balik ke rumah tok batin di kampung berkenaan dan kami beri dia makan serta minum kerana keadaannya kelihatan terlalu letih,” katanya ketika ditemui di Hospital Tapah, di sini hari ini.

Nazri berkata, selepas memastikan mangsa berada dalam keadaan selamat, dia segera menghubungi pihak berkuasa bagi memaklumkan penemuan berkenaan sebelum pasukan mencari dan menyelamat (SAR) tiba di lokasi.

Sebelum ini, Jaslinda dilaporkan bersama 13 lagi individu dan dua Malim Gunung Perhutanan (MGP) memulakan pendakian Trans Spencer Chapman pada 2 pagi 23 Mei lepas, melalui laluan Pos Gedung-Gunung Bah Gading-Gunung Batu Putih-Kuala Woh.

Jaslinda dan seorang lagi pendaki Mohd Hanafi Neikmad, 41, mengalami masalah kesihatan dan berhenti, bagaimanapun Jaslinda dilaporkan meneruskan perjalanan ke puncak gunung dan kali terakhir dilihat oleh MGP pada 7.30 pagi, 24 Mei.

Berita berkaitan

2 minggu tak makan, Jaslinda minum air hitam, coklat, air periuk kera

‘Terima kasih.. minta maaf rakyat Malaysia’ – Jaslinda

‘Saya jatuh berkali-kali’ – Kongsi Jaslinda dalam video tulark

Jaslinda dedah jumpa gua, seperti disuruh masuk

Bomba sahkan Jaslinda ditemui 3 petang tadi

‘Syukur.. tengok gambar tular saya yakin itu Jaslinda’ – kakak

Kronologi kehilangan Jaslinda

Kehilangan Jaslinda: ‘Bukan tak nak terima bantuan…’

SAR Jaslinda dilaksana bersasar mulai esok, BBP Tapah penyelaras maklumat

‘Semoga ada keajaiban, khabar baik’ – Keluarga Jaslinda

Rakaman kamera pengawasan kesan pergerakan Jaslinda menuju Kem Sukaneka

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top