Mei 2026 kedua paling panas

Mei 2026 kedua paling panas
Mei 2026 kedua paling panas

Suhu mencecah antara 35 hingga 40 darjah Celsius di sebahagian besar kawasan Eropah. Foto Agensi

BRUSSELS – Dunia mengalami Mei kedua paling panas dalam rekod dengan sebahagian kawasan Eropah dilanda gelombang haba luar biasa yang disifatkan sebagai ‘normal baharu’, menurut Perkhidmatan Perubahan Iklim Copernicus pada Rabu.

Suhu ekstrem dicatatkan di Britain, Perancis, Ireland dan Portugal apabila fenomena ‘kubah haba’ yang membawa udara panas dari Afrika Utara menyebabkan suhu meningkat jauh melebihi paras normal di seluruh Eropah Barat

Menurut Copernicus, suhu tersebut mencecah antara 35 hingga 40 darjah Celsius di sebahagian besar kawasan Eropah.

Di peringkat global, purata suhu udara permukaan mencecah 15.81 darjah Celsius pada Mei, menjadikannya yang kedua tertinggi pernah direkodkan selepas Mei 2024. – Agensi

Scroll to Top