Demam bola sepak dunia bakal kembali menggegarkan peminat sukan seluruh dunia apabila FIFA World Cup 2026™ semakin menghampiri.
Untuk peminat bola sepak di Malaysia, Unifi TV tampil sebagai penyiar rasmi FIFA World Cup 2026™ dan menawarkan pas musim buat pelanggan yang mahu menyaksikan semua aksi perlawanan secara langsung, dalam HD.
Season Pass FIFA World Cup 2026™ Daripada RM50

Unifi TV kini menawarkan Unifi FIFA World Cup 2026™ Season Pass pada harga RM50 untuk semua pelanggan Unifi TV.
Menerusi pas ini, pelanggan boleh menonton kesemua 104 perlawanan secara langsung dalam kualiti HD melalui tiga saluran khas di Unifi TV iaitu:
-Unifi FIFA World Cup 2026™ 1
-Unifi FIFA World Cup 2026™ 2
-Unifi FIFA World Cup 2026™ 3
Bagi yang belum melanggan Unifi TV, anda boleh melanggan mana-mana pek Unifi TV bermula daripada RM12 sebulan, tanpa kontrak dan turut menikmati FIFA World Cup 2026™ Season Pass pada harga promosi RM 50. Untuk bukan pelanggan Unifi TV, anda juga masih boleh mendapatkan Unifi FIFA World Cup 2026™ Season Pas pada harga RM 60.
Akses Percuma Lebih 70 Saluran
Lebih menarik, pas ini bukan sekadar untuk tontonan bola sepak sahaja. Pelanggan juga akan menerima akses percuma kepada lebih 70 saluran premium sepanjang musim Piala Dunia berlangsung dari 11 Jun hingga 10 Julai 2026.
Antara saluran yang tersedia termasuk HBO, AXN, Cartoon Network, DEGUP, beIN SPORTS, tvN Movies dan banyak lagi.
Sementara menunggu pasukan kegemaran anda turun beraksi, pelanggan juga boleh menikmati pelbagai kandungan hiburan lain seperti House of the Dragon Season 3, drama Korea terbaru, perlumbaan F1 dan banyak lagi.
Langkah Mudah Untuk Mula Menonton

Untuk mendapatkan pas ini, anda boleh layari: unifi.com.my/fifaworldcup2026
Selepas pembelian selesai, pengguna hanya perlu mengikuti langkah mudah ini untuk mula menonton:
1. Muat turun aplikasi Unifi TV 2.0 di Smart TV, telefon pintar, tablet atau Unifi TV Box. Pengguna juga boleh menonton melalui pelayar web di https://unifitv.com.my
2. Log masuk menggunakan Unifi TV ID dan kata laluan.
3. Pilih perlawanan secara langsung dan mula menonton.
Dengan harga RM50, akses kepada semua perlawanan FIFA World Cup 2026™ serta tambahan lebih 70 saluran premium, pas ini memang sesuai untuk peminat bola sepak yang mahu merasai suasana Piala Dunia terus dari rumah.
Jangan tunggu sehingga sepak mula pertama! Dapatkan FIFA World Cup 2026™ Season Pass sekarang di unifi.com.my/fifaworldcup2026 dan nikmati semua 104 perlawanan secara langsung dalam HD bersama Unifi TV.
Faris merupakan penulis editorial sepenuh masa di Oh! Media, yang mengkhususkan dalam menghasilkan artikel-artikel berkaitan pemasaran. Dengan tumpuan penuh pada strategi dan tren terkini, Faris memastikan setiap kandungan memberikan nilai tambah kepada pembaca dan rakan industri.




