Ibu Dua Anak Mengaku Salah Cuba Berzina Dengan Suami Orang, Rupanya Masih Bersuami | Oh! Tidak – Oh! Media

Ibu Dua Anak Mengaku Salah Cuba Berzina Dengan Suami Orang, Rupanya Masih Bersuami | Oh! Tidak – Oh! Media

Oh! Tidak

Wanita mengaku salah, merayu supaya tidak dipenjara dngan alasan ada anak dan suami.


Baru-baru ini, seorang wanita didenda RM2,800 oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh selepas mengaku bersalah menyebarkan gambar dan video lucah membabitkan suaminya bersama wanita lain.

Wanita terbabit, Puteri Norfatimah Ishak mengakui tindakannya itu dilakukan ketika berada dalam keadaan emosi selepas baharu mengalami keguguran.

Suami dan wanita terbabit pula didakwa

Zina 1
Kredit foto Malaysia Gazette Reza A Hamid

Tidak lama selepas kes Puteri Norfatimah diputuskan, suaminya, Hairul Mokhsin Zaini pula dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Syariah Melaka, Ayer Keroh, bersama wanita yang dikaitkan dengannya.

Memetik laporan Sinar Harian, wanita terbabit, Siti Iqbar Mazlan merupakan seorang ibu kepada dua anak dan masih mempunyai suami.

Kedua-duanya mengaku bersalah atas pertuduhan cuba melakukan persetubuhan haram sebagai pasangan yang bukan suami isteri sah di sisi syarak.

Mengikut pertuduhan, kesalahan itu didakwa berlaku di sebuah rumah di Kampung Sungai Putat, Batu Berendam, kira-kira jam 2 pagi dalam tempoh antara 1 hingga 30 Jun 2025.

Ketika prosiding berlangsung di hadapan Hakim Abu Bakar Daud pada Khamis, Siti Iqbar turut memohon maaf kepada Puteri Norfatimah atas perbuatannya.

Saya mohon maaf kepada Puteri Norfatimah atas perlakuan saya sebelum ini. Saya benar-benar menyesal dan sudah tidak lagi berhubung dengan Hairul Mokhsin. Saya juga memohon agar tidak dipenjarakan kerana masih mempunyai suami dan perlu menjaga dua orang anak.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda RM4,500 terhadap Siti Iqbar atau penjara selama lapan bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.

Hairul Mokhsin pula dikenakan denda RM5,000 atau penjara selama lapan bulan jika gagal menjelaskan bayaran.

Siti Iqbar
Kredit foto Malaysia Gazette Reza A Hamid

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 52 Enakmen Kesalahan Syariah (Negeri Melaka) 1991.

Seksyen berkenaan memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara sehingga 36 bulan atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Kes berkenaan mula disiasat selepas Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Melaka menerima satu aduan awam pada tengah hari, 10 Jun 2026.

Hairul Mokhsin kemudiannya dipanggil bagi membantu siasatan dan mengakui secara sukarela pernah melakukan persetubuhan haram bersama Siti Iqbar pada Jun 2025.

Terdahulu, Puteri Norfatimah didakwa mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan kerana menyebarkan gambar dan video lucah membabitkan suaminya bersama Siti Iqbar pada Disember tahun lalu.

Pssttt! Satu demi satu kes dibawa ke mahkamah sehingga membuka konflik yang berlaku dalam rumah tangga mereka. Apa pun alasan yang diberikan, setiap tindakan tetap mempunyai akibat dan boleh meninggalkan kesan besar kepada pasangan serta anak-anak.

Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top