Seattle: Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Alex Freeman menyifatkan jaringannya dalam kemenangan 2-0 ke atas Australia pada aksi Kumpulan D Piala Dunia 2026 sebagai detik ‘melengkapkan kitaran keluarga’ selepas mengikut jejak kejayaan bapanya dalam arena sukan profesional.
Freeman menjaringkan gol kedua AS dalam aksi di Seattle apabila menanduk masuk bola selepas percubaan Sergino Dest melambung ke kawasan berbahaya, sekali gus memastikan kemenangan yang membawa tuan rumah bersama itu ke pusingan kalah mati.
Bapanya, Antonio Freeman, pernah mencipta nama dalam Liga Bola Sepak Kebangsaan (NFL) bersama Green Bay Packers, termasuk menjaringkan touchdown dalam aksi Super Bowl XXXI pada 1997 serta dua lagi di Seattle pada tahun sebelumnya.
“Bagi saya, ia seperti satu detik lengkapkan kitaran keluarga. Ia menunjukkan betapa hebatnya legasi keluarga kami.
“Ia juga menunjukkan bahawa ayah saya boleh berjaya, dan saya juga boleh berjaya dengan cara saya sendiri. Dia menjadi mentor yang membantu saya bersedia untuk saat seperti ini,” kata Freeman.
© New Straits Times Press (M) Bhd




