Group Ride bantu rakyat jimat kos perjalanan harian

Group Ride bantu rakyat jimat kos perjalanan harian

Kos perjalanan harian terus menjadi antara perbelanjaan yang perlu diambil kira oleh ramai rakyat Malaysia, khususnya mereka yang bergantung kepada pengangkutan untuk ke tempat kerja, kampus atau menguruskan pelbagai urusan harian.

Di bandar-bandar utama, ribuan individu sebenarnya bergerak ke destinasi yang hampir sama setiap hari. 

Ada yang tinggal di kawasan kejiranan yang sama, bekerja di bangunan berdekatan atau menghadiri aktiviti bersama, namun masih menanggung kos perjalanan secara berasingan.

Keadaan itu mendorong ramai pengguna mencari alternatif yang lebih praktikal bagi mengurus perbelanjaan pengangkutan tanpa menjejaskan keselesaan dan fleksibiliti perjalanan.

Seiring perubahan keperluan mobiliti semasa, ciri Group Ride diperkenalkan bagi membolehkan anda menjemput rakan sekerja, ahli keluarga, atau teman rapat untuk berkongsi satu kenderaan menerusi satu tempahan yang sama

Pendekatan berasaskan jemputan (invite-based) ini selari dengan konsep “Pergi Bersama, Kongsi Tambang” menjadikannya lebih selamat, selesa, dan menjimatkan kos perjalanan harian bersama insan yang anda kenali.

Pendekatan ini selari dengan konsep “Kongsi Perjalanan, Kongsi Tambang” yang semakin relevan dalam membantu pengguna mengurangkan kos perjalanan harian.

Satu tempahan, lebih ramai penumpang

Penggunaan Group Ride direka untuk memudahkan perjalanan berkumpulan tanpa memerlukan lebih daripada satu tempahan.

Menerusi ciri ini, pengguna hanya perlu membuat satu tempahan sebelum menjemput rakan, ahli keluarga atau rakan sekerja untuk menyertai perjalanan yang sama melalui aplikasi.

Selepas menerima jemputan, setiap ahli kumpulan boleh melihat maklumat perjalanan dan mengesahkan penyertaan mereka secara terus dalam aplikasi.

Satu tempahan boleh menampung sehingga empat penumpang bagi kenderaan biasa. 

Bagi mereka yang bergerak dalam kumpulan lebih besar, pilihan kenderaan enam tempat duduk pula membolehkan sehingga enam individu berkongsi satu perjalanan pada masa yang sama.

Kemudahan ini sesuai digunakan dalam pelbagai situasi termasuk perjalanan harian ke tempat kerja, ke kampus, menghadiri mesyuarat, aktiviti hujung minggu mahupun urusan keluarga.

Lebih fleksibel untuk lokasi pengambilan dan destinasi

Antara kelebihan yang ditawarkan menerusi Group Ride ialah fleksibiliti dalam menentukan lokasi pengambilan dan penghantaran.

Pengguna tidak semestinya perlu berkumpul di satu lokasi sebelum memulakan perjalanan. 

Sebaliknya, setiap penumpang boleh memilih lokasi pengambilan masing-masing mengikut keselesaan dan keperluan.

Sistem aplikasi kemudian akan membantu menyusun laluan yang paling sesuai sebelum pemandu mengambil penumpang secara berperingkat. Begitu juga bagi destinasi penghantaran.

Sekiranya semua penumpang menuju ke lokasi yang sama, perjalanan boleh diteruskan seperti biasa. 

Namun, jika setiap individu mempunyai destinasi berbeza, sistem akan mengatur laluan secara automatik bagi memastikan perjalanan kekal efisien dan teratur.

Pendekatan ini membolehkan pengguna menikmati perjalanan berkumpulan tanpa perlu membuat pelbagai tempahan berasingan atau menyelaraskan perjalanan secara manual.

Kongsi tambang dengan lebih mudah

Selain memudahkan pergerakan, Group Ride turut menawarkan cara yang lebih praktikal untuk mengurus kos perjalanan.

Pengguna boleh memilih sama ada seorang individu membayar keseluruhan tambang atau membahagikan kos secara automatik antara semua penumpang yang menyertai perjalanan tersebut.

Tambang boleh dikongsi secara sama rata atau berdasarkan jarak perjalanan setiap penumpang. 

Kaedah ini memberikan lebih fleksibiliti kepada pengguna dalam mengurus perbelanjaan mengikut keperluan masing-masing.

Bagi menggunakan fungsi perkongsian bayaran, setiap pengguna hanya perlu menggunakan kaedah pembayaran tanpa tunai seperti kad pembayaran atau dompet digital yang dipautkan kepada aplikasi.

Selain memudahkan urusan pembayaran, kaedah ini turut membantu mengelakkan kekeliruan berkaitan pembahagian tambang selepas perjalanan selesai.

Malah, penjimatan kos boleh mencecah sehingga 40 peratus berbanding tempahan individu, terutama bagi mereka yang kerap melalui laluan yang hampir sama setiap hari.

AI bantu susun perjalanan lebih lancar

Di sebalik kemudahan yang ditawarkan, Group Ride turut menggunakan teknologi algoritma proprietari Grab yang dikuasakan kecerdasan buatan (AI).

Teknologi ini membantu menentukan laluan paling efisien dengan mengambil kira lokasi pengambilan dan penghantaran setiap penumpang dalam satu perjalanan.

Hasilnya, perjalanan dapat disusun dengan lebih sistematik walaupun melibatkan beberapa hentian sepanjang laluan.

Dalam masa sama, Grab turut merancang memperkenalkan fungsi Waiting Room yang membolehkan ahli kumpulan melihat status perjalanan, lokasi kenderaan dan perkembangan penumpang lain secara masa nyata sebelum perjalanan bermula.

Ciri ini dijangka membantu pengguna membuat persediaan lebih awal dan mengurangkan masa menunggu ketika proses pengambilan penumpang.

Bukan sekadar jimat kos

Selain membantu mengurangkan perbelanjaan perjalanan, amalan berkongsi kenderaan turut memberi manfaat yang lebih luas.

Apabila lebih ramai individu berkongsi satu kenderaan untuk perjalanan yang sama, jumlah kenderaan di jalan raya dapat dikurangkan sekali gus membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas.

Dalam masa yang sama, amalan ini turut menyokong usaha mengurangkan pelepasan karbon menerusi penggunaan kenderaan yang lebih optimum.

Aspek keselamatan juga terus diberi perhatian menerusi integrasi pusat keselamatan Grab, butang SOS serta sistem pemantauan perjalanan dalam aplikasi bagi memberikan ketenangan kepada pengguna sepanjang perjalanan.

Dengan gabungan penjimatan kos, kemudahan teknologi dan fleksibiliti yang ditawarkan, Group Ride dilihat sebagai alternatif praktikal untuk pengguna yang ingin bergerak bersama tanpa perlu menanggung kos perjalanan secara berasingan.

Sepanjang tempoh promosi ini, pengguna berpeluang menikmati diskaun 15 peratus bagi penggunaan Group Ride. Untuk maklumat lanjut, klik di sini.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top