New York: Pengendali Scotland, Steve Clarke meletakkan jawatan sebagai ketua jurulatih selepas pasukan itu disahkan tersingkir daripada saingan Piala Dunia, menurut Persatuan Bola Sepak Scotland (Scottish FA).
Badan induk itu mengesahkan keputusan berkenaan dalam satu kenyataan rasmi yang menyifatkan Clarke sebagai pengendali paling berjaya dalam sejarah pasukan kebangsaan Scotland.
“Kejurulatihan paling berjaya negara ini telah menamatkan tugasnya selepas tujuh tahun memimpin berikutan pengesahan penyingkiran Scotland daripada Piala Dunia FIFA 2026,” kata Scottish FA.
Scotland kembali beraksi di pentas Piala Dunia selepas penantian selama 28 tahun, namun kempen mereka berakhir di peringkat kumpulan.
Skuad berkenaan menamatkan saingan di tempat ketiga Kumpulan C, namun gagal berada dalam kelompok lapan pasukan tempat ketiga terbaik untuk mara ke pusingan kalah mati.
Keputusan itu menyaksikan impian mereka untuk meneruskan kempen terhenti walaupun mencatat satu kemenangan sepanjang peringkat kumpulan.
Clarke sebelum ini mengemudi Scotland sejak tujuh tahun lalu dan berjaya membawa pasukan itu kembali bersaing di pentas terbesar dunia selepas tempoh lama tidak beraksi.
Penamatan tugas itu sekali gus menutup satu era penting buat bola sepak Scotland di bawah kendaliannya.
© New Straits Times Press (M) Bhd




