Samurai Blue tak sabar layan rentak Samba

Samurai Blue tak sabar layan rentak Samba

PERLAWANAN pusingan 32 terbaik Piala Dunia 2026 antara Jepun dan Brazil pada Selasa ini (1 pagi waktu Malaysia) disifatkan sebagai perlawanan terbesar dalam sejarah kejohanan itu oleh Presiden Persatuan Bolasepak Jepun (JFA), Tsuneyasu Miyamoto.

Miyamoto berkata, pertembungan menentang gergasi Amerika Selatan itu bukan sekadar aksi kalah mati biasa, sebaliknya menjadi kayu pengukur sebenar kemampuan Jepun di pentas tertinggi bola sepak dunia.

“Ini adalah perlawanan terbesar dalam sejarah kami di Piala Dunia. Brazil sentiasa menjadi penanda aras bola sepak dunia dan inilah peluang untuk kami menguji sejauh mana kami telah berkembang,” katanya dipetik ESPN.

Samurai Blue mara ke pusingan 32 selepas menampilkan prestasi konsisten di peringkat kumpulan, manakala Brazil turut dianggap antara pencabar utama kejuaraan selepas aksi meyakinkan dalam saingan awal.

Pertemuan itu turut mengimbau sejarah pertembungan kedua-dua pasukan, termasuk kejutan Jepun menewaskan Brazil dalam aksi persahabatan sebelum ini, sekali gus menambah elemen menarik menjelang aksi kalah mati tersebut.

Miyamoto yang juga bekas kapten Jepun menegaskan, skuad Samurai Blue kini memiliki keyakinan lebih tinggi hasil pendedahan pemain di liga-liga utama Eropah, namun menekankan mereka perlu kekal fokus menentang pasukan pilihan itu.

 

 

Scroll to Top