Arlington: Norway menurunkan semula sebahagian besar pemain bintang dalam kesebelasan utama bagi perlawanan pusingan 32 terakhir Piala Dunia 2026 menentang Ivory Coast, selepas merehatkan mereka ketika menentang Perancis.
Penjaring terbanyak pasukan, Erling Haaland dan kapten, Martin Odegaard kembali disenaraikan dalam kesebelasan utama, namun Julian Ryerson tidak dapat beraksi kerana mengalami kecederaan.
Secara keseluruhan, Norway membuat 10 perubahan berbanding ketika tewas 4-1 kepada Perancis, Jumaat lalu yang menyaksikan hanya Patrick Berg kekal dalam kesebelasan utama daripada perlawanan itu.
Ivory Coast pula melakukan tiga pertukaran dengan Ghislain Konan dan Emmanuel Agbadou kembali menguatkan bahagian pertahanan selepas direhatkan ketika menentang Curacao.
Christ Inao Oulai mengambil tempat Amad Diallo yang mana pemain sayap itu diketepikan bagi memberikan lebih kekuatan di bahagian tengah.
Senarai kesebelasan utama
Ivory Coast: Yahia Fofana, Ghislain Konan, Odilon Kossounou, Emmanuel Agbadou, Guela Doue, Franck Kessie, Ibrahim Sangare, Christ Inao Oulai, Yan Diomande, Ange-Yoan Bonny, Nicolas Pepe.
Norway: Orjan Nyland, Kristoffer Ajer, Torbjorn Heggem, David Moller Wolfe, Marcus Holmgren Pedersen, Martin Ødegaard, Sander Berge, Patrick Berg, Alexander Sorloth, Erling Haaland, Antonio Nusa.
© New Straits Times Press (M) Bhd




