Tehran: Jenazah Pemimpin Agung Iran Ali Khamenei dibawa ke satu majlis penghormatan terakhir di Tehran pada malam Khamis, lapor Anadolu Ajansi memetik agensi berita Iran, IRNA.
Majlis itu dihadiri ribuan anggota keluarga mangsa yang terbunuh dalam serangan Amerika Syarikat (AS)-Israel, yang berkumpul dalam suasana pilu berhampiran lokasi Khamenei terbunuh.
Khamenei terbunuh dalam serangan AS-Israel ke atas Iran pada 28 Februari, insiden yang mencetuskan perang selama beberapa minggu dan meningkatkan ketegangan di seluruh rantau itu.
Majlis memperingati Khamenei secara rasmi akan diadakan pada Jumaat, 3 Julai, dengan penyertaan ketua negara, pegawai kanan dan pemimpin agama.
Majlis penghormatan terakhir akan diteruskan di Tehran pada 4 dan 5 Julai, sebelum perarakan pengebumian utama di ibu negara itu pada 6 Julai.
Upacara pengebumian kemudian akan berpindah ke kota suci Qom pada 7 Julai.
Pada 8 Julai, upacara dijadual diadakan di Iraq termasuk di Baghdad, Najaf dan Karbala, dengan jenazah akan disambut oleh tokoh agama dan politik serta dibawa ke beberapa makam utama Syiah.
Majlis pengebumian dan pemakaman terakhir dijadual berlangsung pada 9 Julai di Makam Imam Ali Reza di bandar Mashhad, timur laut Iran.
© New Straits Times Press (M) Bhd




