Lagi Kes Buli Di Sekolah Dilaporkan

Lagi Kes Buli Di Sekolah Dilaporkan

Oh! Tidak

Dua beradik didakwa jadi mangsa buli sekolah rendah di Kota Kinabalu selepas ditendang murid lelaki sama.


Isu buli sekolah rendah sekali lagi jadi perhatian apabila seorang bapa mendakwa dua anaknya menjadi mangsa serangan fizikal di sebuah sekolah rendah di Kota Kinabalu.

Lebih menyedihkan, kejadian itu didakwa melibatkan murid lelaki yang sama dan berlaku terhadap dua beradik berkenaan dalam tempoh dua hari berturut-turut.

Dua beradik didakwa ditendang pelajar lain

Polis

Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintenden Syed Lot Syed Abdul Rahman, pihak polis menerima laporan daripada bapa mangsa pada 7 Julai lalu.

Bapa itu mendakwa anak-anaknya diganggu dan diserang secara fizikal oleh seorang murid lelaki di sekolah sama.

Kejadian pertama dipercayai berlaku pada 6 Julai lalu apabila mangsa perempuan berusia 12 tahun didakwa ditendang di bahagian belakang kepala oleh rakan sekelasnya.

Hasil siasatan awal mendapati kejadian pertama dipercayai berlaku pada 6 Julai lalu, apabila mangsa perempuan berusia 12 tahun didakwa telah ditendang pada bahagian belakang kepala oleh seorang murid lelaki yang merupakan rakan sekelasnya.- Katanya.

Adik mangsa turut jadi sasaran

Ohmedia buli 1png

Keesokan harinya, adik lelaki mangsa pula didakwa ditendang di bahagian perut oleh murid lelaki yang sama.

Menurut laporan, mangsa perempuan mengalami sakit kepala manakala adiknya berada dalam keadaan trauma dan ketakutan selepas kejadian itu.

Bapa mangsa turut mendakwa suspek sering mengganggu kedua-dua anaknya melalui panggilan berunsur hinaan dan gangguan fizikal di dalam kelas.

Polis jalankan siasatan lanjut

Polis kini sedang menjalankan siasatan lanjut termasuk mengenal pasti identiti penuh suspek serta merakam percakapan mangsa, saksi, guru dan pihak pentadbiran sekolah.

Pemeriksaan perubatan juga dijalankan bagi menentukan tahap kecederaan yang dialami kedua-dua mangsa.

Kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan dan Seksyen 507(b) Kanun Keseksaan.

Pssttt! Kes buli sekolah rendah bukan benda yang boleh dipandang ringan, korang. Anak-anak mungkin nampak diam, tapi trauma yang mereka tanggung boleh beri kesan lama. Kalau ada tanda pelik pada anak, cuba tanya elok-elok dan ambil tindakan sebelum keadaan jadi lebih parah.

Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top