“Ini Video Terakhir 3 Tahun Lalu” – Ibu Aliff Aziz Titip Ucapan Hari Lahir Buat Ayden

“Ini Video Terakhir 3 Tahun Lalu” – Ibu Aliff Aziz Titip Ucapan Hari Lahir Buat Ayden

Ibu kepada pelakon dan penyanyi Aliff Aziz iaitu Siti Hafizah memuat naik gambar Ayden melakukan panggilan video bersama Aliff yang dirakam tiga tahun lalu.

Menerusi perkongsian di Instagra, Hafiza turut menitipkan ucapan buat cucunya yang menyambut ulang tahun kelahiran ke-9.

BACA: “Mengaku Muslim Tapi..” – Ibu Aliff Aziz Kesal Budaya Fitnah Melampau

“Ini adalah gambar dan video terakhir awak tiga tahun lalu dan saya simpan dengan rapi. Kami sentiasa mendoakan kebahagiaan Ayden dari jauh.

“Semoga membesar dengan iman dan taqwa kepada Allah serta menjadi anak yang soleh dan khalifah terhebat,” katanya.

Sementara itu, Hafiza turut menitipkan kata-kata menyentuh hati dengan harapan dapat bertemu dengan cucunya suatu hari nanti.


Scroll to Top