Anwar janji tambah bantuan SARA jika PH dapat sokongan rakyat

Anwar janji tambah bantuan SARA jika PH dapat sokongan rakyat

khairil.ashraf@hmetro.com.my

Kluang: Beberapa jam sebelum tempoh berkempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor tamat, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempat berjanji untuk menambah kadar Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sekiranya kerajaan Persekutuan kekal stabil dan Pakatan Harapan (PH) mendapat sokongan rakyat.

Perdana Menteri yang juga Pengerusi PH itu berkata, tambahan sumbangan itu mampu dilaksanakan kerana kerajaan mengurus kewangan negara secara berhemah tanpa ketirisan.

“Kalau kerajaan ini stabil, rakyat sokong, PH kuat, kita akan tambah SARA lagi bagi rakyat.

“Tahu sebab apa? Sebab kita bukan curi,” katanya semasa berucap di Grand Finale Dewan Undangan Negeri (DUN) Layang-Layang sempena PRN Johor di sini, hari ini.

Anwar berkata, bantuan seperti SARA diwujudkan bagi membantu golongan yang berdepan kesukaran untuk mendapatkan keperluan harian.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan juga tidak boleh membiarkan rakyat hidup susah dan terus dibebani dengan kos sara hidup.

“Saya dengar ada orang miskin mahu beli minyak masak pun tak cukup duit.

“Macam mana saya boleh jadi Perdana Menteri, kereta ada, rumah ada, tapi rakyat saya susah hendak beli barang keperluan. Disebabkan itu, kita beri SARA,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top