Polis buru pemandu Perodua Myvi lawan arus

Polis buru pemandu Perodua Myvi lawan arus

am@hmetro.com.my

Kulai: Polis sedang mengesan pemandu Perodua Myvi yang memandu secara melawan arus di Lebuhraya Senai-Desaru (SDE) berhampiran susur keluar ke Persimpangan Bandar Senai dekat sini, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, kereta itu dipercayai disewakan kepada pemandu berkenaan dan pemilik kenderaan sudah dikesan namun tidak berada di daerah ini.

“Kami sudah mengesan pemilik kenderaan. Kini, penyewa sedang dikesan dan tindakan susulan akan diambil,” katanya ketika dihubungi.

Video kejadian yang tular pagi hari ini menerusi satu pautan di Facebook, menunjukkan kereta berwarna merah itu dipandu secara melawan arus.

Perbuatan itu bukan sahaja membahayakan pengguna jalan raya lain, malah menyebabkan kemalangan hampir berlaku.

Beberapa kenderaan termasuk treler bagaimanapun berjaya mengelak kenderaan itu bagi mengelak kejadian tidak diingini.

Tindakan pemandu kereta itu turut mencetuskan situasi cemas kepada pengguna jalan raya lain.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top