SHAH ALAM – Menteri Besar Johor yang juga calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap, Datuk Onn Hafiz Ghazi mendahului saingan berdasarkan keputusan tidak rasmi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor setakat jam 7.30 malam.
Berdasarkan keputusan tidak rasmi menerusi laman web MyUndi, Onn Hafiz memperoleh 6,509 undi berbanding calon Pakatan Harapan (PH), Nor Hafiz Roslan yang meraih 2,393 undi.
Setakat ini, sebanyak 8,902 undi telah dikira bagi kerusi berkenaan.
Pada PRN Johor 2022, Onn Hafiz mempertahankan kerusi Machap dengan majoriti 6,543 undi selepas memperoleh 11,029 undi, menewaskan calon Perikatan Nasional (PN–PAS) Azlisham Azahar, calon MUDA R. Sangaran serta calon PEJUANG Sharuddin Md Salleh.
Sebelum ini, beliau juga pernah memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Layang-Layang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 2018 dengan majoriti tipis 364 undi selepas menewaskan calon PKR, Murugan Muthu Samy.
Seramai 35,206 pengundi berdaftar layak mengundi di DUN Machap pada PRN Johor kali ini.
Beliau menunaikan tanggungjawab mengundi pada PRN Johor di Sekolah Kebangsaan (SK) Simpang Renggam.
![[TIDAK RASMI] PRN Johor: Tiada calon PN, Muda atau Bersama mendahului mana-mana kerusi [TIDAK RASMI] PRN Johor: Tiada calon PN, Muda atau Bersama mendahului mana-mana kerusi](https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2026/07/11/3579249.webp)


