Keputusan PRN Johor bukti pengundi muda pilih masa depan, tolak politik kebencian – Noor Azleen

Keputusan PRN Johor bukti pengundi muda pilih masa depan, tolak politik kebencian – Noor Azleen

JOHOR BAHRU – Keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor membuktikan golongan muda di negeri ini memilih politik yang berteraskan harapan, kestabilan dan pembangunan bukannya politik kebencian.

Ketua Pemuda UMNO Johor, Noor Azleen Ambros berkata, sepanjang tempoh kempen, Barisan Nasional (BN) memberi tumpuan kepada mendengar suara anak muda melalui pelbagai sesi libat urus yang menyentuh isu pekerjaan, pendidikan, pemilikan rumah, keusahawanan, pembangunan kemahiran serta kos sara hidup.

ARTIKEL BERKAITAN: PRN Johor: 55 calon hilang wang deposit

Dua faktor kemenangan BN

[RASMI] Keputusan penuh 56 kerusi PRN Johor ke-16

BN menang besar 48 kerusi DUN Johor – SPR

[RASMI] PRN Johor: SPR umum BN menang besar 48 kerusi DUN Johor

“Tidak pernah sekali pun kami menggunakan kesempatan untuk mencaci, memaki, mencari salah sesiapa, apatah lagi menyemai kebencian.

“Segala-galanya adalah tentang harapan. Segala-galanya adalah tentang masa depan,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Beliau menjelaskan, pendekatan itu berbeza dengan segelintir pihak yang lebih cenderung menggunakan pentas ceramah untuk menyerang lawan politik dan menyemai sentimen perpecahan.

ARTIKEL BERKAITAN:

[RASMI] PRN Johor: Maszlee menang DUN Puteri Wangsa

SPR teliti isu muat naik kertas undi sudah dipangkah di media sosial

Anwar ucap tahniah kepada BN, janji Kerajaan Persekutuan terus bantu Johor

[RASMI] PRN Johor: Pas hilang kubu terakhir

PRN Johor: Kekalahan PN sudah dijangka, pengerusi perlu bertanggungjawab letak jawatan

“Hakikatnya, anak-anak muda Johor tidak terpengaruh dengan semua itu. Mereka tidak goyah.

“Mereka tidak terperangkap dengan sentimen, politik kebencian, adu domba dan perpecahan.

“Sebaliknya, mereka dengan penuh keyakinan memilih kestabilan, kemajuan dan masa depan yang mereka percaya mampu membawa Johor terus maju,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, beliau turut merakamkan penghargaan kepada pengundi muda yang disifatkan berani menghantar mesej jelas bahawa Johor bukan medan untuk politik kebencian, sebaliknya sebuah negeri yang mengutamakan perpaduan, kemajuan dan masa depan rakyat.

Barisan Nasional (BN) memenangi 48 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 manakala Pakatan Harapan (PH) memenangi 8 kerusi.

Scroll to Top