12 pasukan Liga Super pilihan paling realistik- Penganalisis

12 pasukan Liga Super pilihan paling realistik- Penganalisis

PEMERHATI sukan tempatan, Datuk Dr. Pekan Ramli menyifatkan keputusan mengekalkan 12 pasukan dalam saingan Liga Super sebagai langkah paling relevan selagi semua kelab bertanding berada dalam keadaan stabil dari aspek kewangan dan pengurusan.

Menurut beliau, keutamaan ketika ini bukanlah menambah jumlah penyertaan semata-mata, sebaliknya memastikan setiap kelab benar-benar bersedia mengharungi saingan sepanjang musim tanpa dibelenggu isu yang boleh menjejaskan kredibiliti liga.

“Kalau ada 12 pasukan tetapi kesemuanya tidak bermasalah, itu lebih baik. Tiada gunanya mempunyai jumlah pasukan yang ramai jika akhirnya timbul pelbagai isu seperti tunggakan gaji dan masalah pengurusan yang menjejaskan kualiti pertandingan.

“Kalau ada 10 atau lapan pasukan sekalipun tetapi semuanya stabil dan tiada masalah, liga tetap boleh berjalan dengan baik. Yang penting, setiap kelab mampu memenuhi komitmen mereka sepanjang musim.

“Jadi bagi saya, biarlah jumlahnya sedikit daripada ramai tetapi akhirnya menimbulkan pelbagai masalah. Keputusan MFL mengekalkan 12 pasukan adalah munasabah selepas mengambil kira banyak faktor,” katanya.

Mengulas pengalaman lalu, Pekan berkata, jumlah pasukan yang lebih ramai tidak semestinya menjamin kelancaran liga kerana beberapa kelab akhirnya gagal memenuhi tanggungjawab terhadap pemain dan pegawai.

Katanya, terdapat pasukan yang pada awal musim memberi keyakinan memiliki penaja kukuh serta sumber kewangan mencukupi, namun hakikatnya janji tersebut gagal ditunaikan.

“Kalau bercakap soal penaja, ada perbezaan antara sumber dana yang berpotensi dengan dana yang benar-benar komited. Ramai pasukan hanya mempunyai sumber dana berpotensi, sedangkan apa sahaja boleh berlaku sebelum musim berakhir.

“Berbeza dengan dana yang telah disahkan atau komited, ia lebih menjamin kelangsungan kewangan sehingga penghujung musim.

“Sebab itu, apa yang lebih penting sekarang ialah memastikan setiap kelab yang bertanding benar-benar berdaya saing, stabil dari segi kewangan dan mampu menunaikan tanggungjawab mereka sepanjang musim,” tambahnya.

Sebelum ini, Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) mengumumkan sebanyak 12 kelab akan bersaing dalam Liga Super 2026/27 yang dijadual membuka tirai pada 21 Ogos ini.

Kelab yang telah mengesahkan penyertaan ialah juara bertahan Johor Darul Ta’zim (JDT), Kuching City FC, Selangor FC, Kuala Lumpur City FC, Terengganu FC, Star City FC (dahulunya Imigresen FC), Negeri Sembilan FC, Penang FC, Sabah FC, DPMM FC dan Melaka FC.

Sementara itu, baki satu lagi slot akan ditentukan pada 16 Julai 2026 apabila badan bebas First Instance Body (FIB) bersidang bagi memutuskan status PDRM FC.

Kelab berkenaan diberikan lesen berserta sekatan (licence with sanction) dengan tempoh pematuhan sehingga 15 Julai 2026 bagi mengemukakan maklumat tambahan untuk memenuhi Kriteria Kewangan dan Kriteria Infrastruktur.

Sekiranya PDRM FC gagal memenuhi syarat ditetapkan, Kelantan Red Warrior FC yang menamatkan saingan Liga A1 Semi Pro musim lalu di tangga keempat dilihat berada pada kedudukan terbaik untuk mengisi slot berkenaan.

Selain itu, UM Damansara United FC di tangga keenam serta Bunga Raya FC di kedudukan ke-12 turut mengemukakan permohonan berserta dokumen bagi

 

 

Scroll to Top