Argentina ranap impian England

Argentina ranap impian England

ATLANTA: Argentina menghidupkan impian mempertahankan kejuaraan Piala Dunia apabila bangkit menewaskan England 2-1 pada aksi separuh akhir sekali gus mengesahkan tiket ke final buat kali kedua berturut-turut, sebentar tadi.

Skuad juara bertahan itu terlebih dahulu dikejutkan menerusi jaringan Anthony Gordon pada minit ke-55 sebelum Enzo Fernandez mengembalikan kedudukan seimbang 30 minit kemudian.

Lautaro Martinez muncul wira Argentina apabila menanduk masuk gol kemenangan pada masa kecederaan hasil hantaran kapten, Lionel Messi untuk memastikan La Albiceleste terus mengorak langkah ke pentas final.

Kemenangan itu meletakkan Argentina hanya selangkah untuk muncul negara pertama mempertahankan kejuaraan Piala Dunia sejak Brazil melakukannya pada edisi 1958 dan 1962.

Argentina kini akan berdepan Sepanyol pada aksi final selepas juara Eropah itu menyingkirkan Perancis 2-0 dalam satu lagi perlawanan separuh akhir. – AGENSI

Scroll to Top