Kesihatan kurang memuaskan? Najib dikhabarkan alami masalah jantung

Kesihatan kurang memuaskan? Najib dikhabarkan alami masalah jantung

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan mengalami masalah jantung dan dijadual menjalani satu prosedur berkaitan pada minggu depan.

Dimaklumkan oleh satu sumber

Memetik laporan daripada Malaysia Gazette, perkara itu dimaklumkan oleh satu sumber yang memaklumkan keadaan kesihatan bekas Ahli Parlimen Pekan itu ketika ini kurang memuaskan.

“Bekas Perdana Menteri itu kini berada dalam keadaan agak tidak sihat,” katanya.

Belum ada kenyataan rasmi

Walau bagaimanapun, setakat ini masih belum ada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan sama ada oleh Jabatan Penjara Malaysia mahupun ahli keluarga Najib berhubung laporan berkenaan.

Najib, 73, kini sedang menjalani hukuman penjara selepas disabitkan dalam kes melibatkan SRC International.

Pada Februari 2024, Lembaga Pengampunan telah mengurangkan hukuman penjaranya daripada 12 tahun kepada enam tahun, selain mengurangkan jumlah denda daripada RM210 juta kepada RM50 juta.

Untuk rekod, pada April lalu, Najib menarik balik permohonannya bagi menjalani baki hukuman menerusi tahanan rumah.

Setakat ini, belum dapat dipastikan butiran lanjut mengenai prosedur yang dijadualkan dijalani serta keadaan kesihatannya selepas itu.

Sumber: Malaysia Gazette 

Scroll to Top