Kaum Akan Terancam Kalau Parti Tertentu Memerintah? BN Bidas Politik Takut-Takutkan Rakyat

Kaum Akan Terancam Kalau Parti Tertentu Memerintah? BN Bidas Politik Takut-Takutkan Rakyat

Oh! Negara

BN tolak sentimen perkauman dan politik ketakutan, tegaskan komitmen pertahan perpaduan negara.

Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Dr Zambry Abd Kadir menegaskan pendirian mereka selepas isu perkauman dijadikan bahan politik.

Menerusi satu kenyataan, BN menolak sebarang kenyataan yang boleh menghidupkan sentimen perkauman serta menimbulkan keresahan dalam kalangan rakyat.

Kenyataan Barisan Nasional isu politik perkauman

Beliau berkata, BN merupakan gabungan politik pelbagai kaum yang telah membuktikan selama lebih enam dekad bahawa Malaysia mampu dibangunkan atas asas perkongsian kuasa, saling menghormati dan kesederhanaan.

barisan nasional

Rekod itu menjadi kekuatan BN dalam memelihara kestabilan, keharmonian dan kemajuan negara. BN menegaskan parti itu tidak akan berkompromi dengan sebarang kenyataan yang mempersoalkan kedudukan mana-mana kaum sebagai sebahagian daripada warga Malaysia.

BN turut menolak politik ketakutan yang didakwa terus dimainkan pihak tertentu dengan menggambarkan kononnya sesuatu kaum akan terancam sekiranya kerjasama politik parti tertentu memerintah.

Bn

Menurut BN, politik seperti itu berbahaya kerana boleh mengundang curiga, prasangka dan kebencian dalam masyarakat.

Dalam kenyataan sama, BN turut menjelaskan bahawa persefahaman dan kerjasama politik yang diwujudkan dalam Pilihan Raya Negeri Sembilan tidak bermaksud parti itu menggadaikan prinsip perjuangannya.

BN juga menyatakan komitmen untuk mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Rukun Negara serta formula kenegaraan yang meletakkan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan, institusi Raja-Raja Melayu, hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera serta hak sah semua warganegara.



OH! MEDIA


Kongsikan artikel ini


Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.














BULETIN OH! MEDIA


Baca Yang Paling Best Je.


Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!









Pautan artikel telah disalin.



author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top