Kuala Lumpur: Lembaga Tabung Haji (TH) telah menerima pakai dan melaksanakan 75 peratus syor daripada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menambah baik tadbir urus dan kesejahteraannya, dengan cadangan selebihnya sedang berjalan.”
TH berkata ia mengalu-alukan keputusan kerajaan hari ini untuk mendedahkan laporan RCI kepada umum.
“TH telah pun mengambil maklum syor RCI mengenai apa yang berlaku pada masa lalu sebelum 2018. Sejak itu, TH telah melangkah ke hadapan,” katanya melalui satu kenyataan hari ini.
TH juga telah memulihkan kunci kira-kira, membina rizab dan berjaya meningkatkan pengagihan keuntungan kepada 3.5 peratus iaitu kadar tertinggi dalam tempoh lapan tahun.
Ia juga telah berjaya mengekalkan kos haji pada RM33,300 seorang selama tiga tahun berturut-turut.
“TH kekal komited untuk melindungi kepentingan pendeposit, mengukuhkan kepercayaan orang ramai dan memastikan institusi itu terus beroperasi dengan integriti dan tanggungjawab,” katanya lagi.
© New Straits Times Press (M) Bhd




