Dua maut, kenderaan dinaiki terbabas dalam parit

Dua maut, kenderaan dinaiki terbabas dalam parit

mdroji@bh.com.my

Kuching: Dua individu maut selepas kenderaan dinaiki mereka terbabas masuk ke dalam parit di Jalan Sungai Bidut di Sibu, hari ini.

Dalam kejadian 2.40 petang itu, mangsa yang maut disahkan sebagai Leong Ann Kin, 46, dan Lee Leh Choo, 33.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 2.48 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Merah dikejarkan ke lokasi.

Menurutnya, jentera bersama lapan anggota itu tiba di lokasi pada 2.59 petang dan mendapati sebuah kenderaan mengalami kemalangan kendiri apabila terbabas ke dalam parit di bahu jalan.

“Ketika operasi dijalankan, kedua-dua mangsa didapati masih berada di dalam kenderaan.

“Kenderaan itu kemudiannya ditarik keluar menggunakan jentera pengorek yang berada berhampiran kawasan bagi memudahkan kerja-kerja menyelamat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pasukan bomba kemudian mengeluarkan kedua-dua mangsa menggunakan peralatan menyelamat khas, sebelum menyerahkan mangsa kepada petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di lokasi.

Pihak KKM mengesahkan kedua-dua mangsa meninggal dunia.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top