LATEST
National

Belanjawan 2027 lulus, langkah penting Kerajaan MADANI angkat taraf hidup rakyat – PM Anwar

Belanjawan 2027 lulus, langkah penting Kerajaan MADANI angkat taraf hidup rakyat – PM Anwar

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 yang diluluskan Dewan Rakyat hari ini menandakan satu langkah penting dalam usaha Kerajaan MADANI mengangkat kehidupan rakyat ke arah yang lebih baik.

Baca juga: Jenazah Abdul Gani akan dikebumikan di Putrajaya – Anak

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan berkata, ia turut merangkumi usaha memperkukuh daya tahan dan menjamin masa depan negara.

“Moga segala perancangan dan ikhtiar yang digariskan ini dapat dilaksanakan dengan sebaiknya, membawa manfaat yang nyata kepada rakyat serta menjadi asas yang kukuh untuk membina Malaysia yang lebih makmur, adil dan sejahtera,” kata beliau.

Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2027, selepas dibentangkan Anwar pada 9 Oktober lalu.

Bertemakan ‘Menggapai di Langit, Mengakar di Bumi’, Belanjawan 2027 menggariskan lapan lunas utama merangkumi komitmen untuk kehidupan rakyat lebih baik sehingga ke agenda memperkukuh daya tahan dan masa depan negara

.

Belanjawan kelima di bawah Kerajaan MADANI itu melibatkan peruntukan kerajaan berjumlah RM459.8 bilion, selain RM25 bilion pelaburan daripada syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC), RM11 bilion pelaburan awam-swasta serta RM14.2 bilion pelaburan Badan Berkanun Persekutuan dan Syarikat Menteri Kewangan (Diperbadankan) (MKD).

Ini menjadikan keseluruhan Belanjawan 2027 meneruskan dasar fiskal mengembang sebanyak RM510 bilion.

-BERNAMA

© New Straits Times Press (M) Bhd

More in National

View all

Latest news