LATEST
National

Penunggang motosikal maut rempuh pacuan empat roda

Penunggang motosikal maut rempuh pacuan empat roda

TANAH MERAH: Penunggang motosikal maut apabila kenderaan dinaiki terbabit kemalangan dengan pacuan empat roda di Jalan Kota Bharu- Machang, dekat Batu 9, di sini hari ini.

Baca juga: PMCK, Chin Hin bekerjasama bangun hospital swasta di Kedah dan Melaka

Dalam kejadian kira-kira jam 4.15 petang itu, Muhammad Noor Azrul Hakimi Mohd Noorisham, 19, disahkan maut di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Superintendan Mohd Haki Hasbullah, berkata kemalangan berlaku apabila motosikal dinaiki mangsa disyaki melanggar bahagian belakang kereta jenis pacuan empat roda.

Katanya, pemandu pacuan empat roda itu dalam perjalanan dari arah Jeli menghala ke Machang.

“Apabila sampai di lokasi kejadian, pemandu pacuan empat roda sedang berhenti untuk membelok masuk ke lorong sebelah kanan jalan.

“Motosikal ditunggang mangsa melanggar bahagian belakang pacuan empat roda menyebabkan mangsa tercampak ke atas jalan. Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

© New Straits Times Press (M) Bhd

More in National

View all

Latest news